UMPSA memperkukuh komitmen dalam Fasa Pengukuhan Pelan Pemartabatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di IPTA
SHAH ALAM, 23 Mei 2025 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus menyokong agenda nasional memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu apabila menyertai Bengkel Pelaporan Pelan Memartabatkan Bahasa Melayu di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) 2025–2030 pada 22 dan 23 Mei 2...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | UMPSA News |
| Language: | Malay |
| Published: |
UMPSA
2025
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/44687/ http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/44687/1/UMPSA%20memperkukuh%20komitmen%20dalam%20Fasa%20Pengukuhan%20Pelan%20Pemartabatan%20Bahasa%20Melayu%20sebagai%20Bahasa%20Ilmu%20di%20IPTA.pdf |
| Summary: | SHAH ALAM, 23 Mei 2025 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus menyokong agenda nasional memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu apabila menyertai Bengkel Pelaporan Pelan Memartabatkan Bahasa Melayu di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) 2025–2030 pada 22 dan 23 Mei 2025 di Hotel Concorde, Shah Alam.
Bengkel telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian.
Dalam ucapannya, beliau menegaskan pentingnya usaha kolaboratif dalam kalangan universiti awam (UA) untuk memperkasa penggunaan bahasa Melayu sebagai medium utama ilmu dan penyelidikan di menara gading. |
|---|