Penggunaan air dan limau nipis sebagai bahan asas merawat pesakit gangguan jin: Tinjauan pengalaman pengamal dalam perubatan tradisional Melayu

Kajian ini merupakan satu penyelidikan berkaitan cara atau kaedah perubatan tradisi orang Melayu yang menggunakan air dan juga limau nipis sebagai bahan asas dalam rangka merawat pesakit yang diganggu oleh Jin. Pengkaji adalah merupakan seorang perawat yang berpengalaman dalam bidang rawatan ganggu...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Syed Zaidi, Syed Omar, Mohamad Hilmi, Mat Said
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Malaysia Pahang 2024
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/42533/
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/42533/1/Penggunaan%20air%20dan%20limau%20nipis%20sebagai%20bahan%20asas%20merawat.pdf
Description
Summary:Kajian ini merupakan satu penyelidikan berkaitan cara atau kaedah perubatan tradisi orang Melayu yang menggunakan air dan juga limau nipis sebagai bahan asas dalam rangka merawat pesakit yang diganggu oleh Jin. Pengkaji adalah merupakan seorang perawat yang berpengalaman dalam bidang rawatan gangguan Jin. Jin membawa makna makhluk Allah swt yang diciptakan daripada api yang boleh menyerupai malaikat. Dewasa ini kerap kedengaran banyak kes-kes rawatan yang dikatakan mempunyai kaitan dengan gangguan Jin dalam masyarakat. Malangnya terkadang didapati rawatan yang digunakan tidak menepati kehendak syarak dan mempunyai tanda-tanda ajaran sesat yang membimbangkan. Justeru itu tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti kaedah penggunaan air dan limau nipis untuk rawatan gangguan Jin. Manakala metodologi kajian ini ialah kajian kualitatif. Ia berdasarkan kepada kajian lapangan iaitu pengalaman pengkaji sebagai seorang perawat dan kajian kepustakaan yang merujuk dokumen-dokumen yang berkaitan. Hasil dari kajian ini akan menjelaskan kelebihan air dan limau nipis yang dijadikan bahan rawatan dan kaedah yang digunakan dalam rawatan di atas. Kajian ini juga akan akan berkongsikan pengalaman pengkaji yang merawat menggunakan bahan tersebut dan keberkesanannya atas izin dari Allah.