Impak Program School Improvement Partners+ (SIPartners+) dalam kalangan kepimpinan sekolah di negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan
Objektif kertas ini ialah menganalisis impak program School Improvement Partners+ (SIPartners+) atau Rakan Pembimbing Sekolah dalam kalangan Kepimpinan Sekolah (KS) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2013. Pelaksanaan program bertujuan untuk menyokong dan memban...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Universiti Malaysia Pahang
2024
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/42014/ http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/42014/1/Impak%20program%20school%20improvement%20partners.pdf |
| Summary: | Objektif kertas ini ialah menganalisis impak program School Improvement Partners+ (SIPartners+) atau Rakan Pembimbing Sekolah dalam kalangan Kepimpinan Sekolah (KS) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2013. Pelaksanaan program bertujuan untuk menyokong dan membantu perkembangan KS di seluruh negara. Hal ini selari dengan anjakan ke-enam yang berkaitan matlamat yang mesti dicapai dalam tempoh Gelombang Satu 2013-2015 seperti yang termaktub di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Perkara ini menjadi tumpuan kerana terdapat pandangan daripada segelintir KS yang mengatakan bahawa program ini tidak memberikan manfaat serta gagal mencapai objektif kerana faktor-faktor tertentu. Bagi membuktikan sama ada perkara tersebut benar-benar wujud atau sekadar sekadar khabar angin, maka kajin ini dijalankan di sekolah-sekolah negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan data dianalisis menggunakan perisian SPSS IBM Version 20.0. Hasil analisis mendapati bahawa tanggapan tidak baik terhadap pelaksanaan program ini ternyata tidak benar kerana majoriti responden menyatakan bahawa program ini sangat bermanfaat dan mampu membawa sistem pengurusan sekolah ke tahap yang lebih baik. Maklumat ini sagat penting kepada pihak-pihak yang terbabit seperti KPM, JPN mahupun PPD untuk melaksana dan memperkasa program ini sehingga dapat melakukan transformasi mentaliti KS. Selain daripada itu, hasil kajian ini boleh juga dijadikan asas penambahbaikan pengurusan sekolah dan memantapkan profesionalisme KS yang seterusnya akan membantu meningkatkan pencapaian akademik murid-murid di sekolah. |
|---|