| Summary: | Pengasasan Kesultanan Johor Moden sering dikaitkan dengan pencaturan politik antara Temenggong Abu Bakar Seri Maharaja dengan Tengku Ali, putera Sultan Husain Muhammad Shah. Tanpa mengambil kira pelantikan Sultan Husain Muhammad Shah oleh Inggeris sebagai Sultan Johor yang dipertikaioleh banyak pihak, legitimasi Johor moden sering dilihat dari rentetan peristiwa yang berlaku pasca Perjanjian bertarikh 10 Mac 1855. Artikel ini bertujuan untuk menyiasat keabsahan Kesultanan Johor Moden sebagai pelestari legasi Kesultanan Melayu Melaka.Kajian ini ialah kualitatif menggunakan metod jurisprudens watan yang turut mengaplikasikan tiga kerangka konsep, iaituIndikator Pelestarian Kesultanan; Pengangkatan Yang di-Pertuan Besar dan Pemakzulan Yang di-Pertuan Besar. Sumber histografi tempatan yang terdiri daripada pelbagai perjanjian, dokumen dan buku yang berwibawa dijadikan rujukan untuk menganalisis isu berbangkit. Dapatan merumuskan Kesultanan Johor Moden memperolehi kedaulatan berkerajaan sendiri tanpa naungan Yang di-Pertuan Besar Johor-Pahang-Riau-Lingga melalui kuat kuasa Perjanjian bertarikh 29 Oktober 1830 maka sekaligus menjadi pelestari perdu legasi Kesultanan Melayu Melaka.
|