Sistem pengurusan digital program ‘imarah masjid: Kajian analisis keperluan dan pembangunan
Seiring dengan kemajuan teknologi pada masa kini, fungsi masjid sebagai pusat pembangunan masyarakat seharusnya dapat dipertingkatkan keberkesanannya secara optimum dengan keupayaan ICT dan teknologi. Bagi merealisasikan hasrat ini, terdapatnya suatu keperluan untuk membangunkan satu sistem pengurus...
| Main Authors: | , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Universiti Malaysia Pahang
2023
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/39685/ http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/39685/1/Sistem%20pengurusan%20digital%20program%20imarah%20masjid.pdf |
| Summary: | Seiring dengan kemajuan teknologi pada masa kini, fungsi masjid sebagai pusat pembangunan masyarakat seharusnya dapat dipertingkatkan keberkesanannya secara optimum dengan keupayaan ICT dan teknologi. Bagi merealisasikan hasrat ini, terdapatnya suatu keperluan untuk membangunkan satu sistem pengurusan digital program ‘imarah masjid berasaskan web sebagai platform digital pengurusan program ‘imarah masjid bagi menggantikan kekurangan yang sedia ada pada sistem manual. Sehubungan itu, objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti elemen-elemen keperluan dan pembangunan sistem ini dalam aspek pengurusan program dan aktiviti ‘imarah masjid. Kajian ini dijalankan secara kualitatif menggunakan metod analisis dokumen dan kajian temubual semi-struktur dengan pihak pengurusan masjid negeri Pulau Pinang bagi membangunkan kerangka konseptual kajian. Berdasarkan analisis dokumen dan dapatan kajian temubual, kajian ini telah dapat mengenalpasti empat aspek keperluan utama dalam pembangunan sistem pengurusan program digital masjid ini iaitu pengurusan digital program, profiling digital peserta, hebahan digital program dan penilaian digital impak program masjid. Dengan itu, satu model konseptual kajian keperluan dan pembangunan sistem ini dapat dibangunkan dan model konseptual kajian ini dapat dijadikan sebagai panduan dalam membangunkan sistem pengurusan digital program ‘imarah masjid berdasarkan keperluan Standard Penarafan Masjid Malaysia (SPMM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). |
|---|