Analisis kecuaian Doktor dalam mendiagnosis rawatan di Klinik Swasta: Kesan kepada penjagaan kesihatan pesakit

Kajian ini adalah bertujuan untuk menjelaskan beberapa persoalan berkaitan kecuaian dalam amalan perubatan yang berlaku di hospital dan klinik persendirian. Profesion kedoktoran adalah profesion yang dihormati dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia. Menurut Haq, F. dan Wong, H.Y. (2010), seorang...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Khosenulhan, Ab Rahman, Hassan, Ahmad, Mohd Azuri, Shaari
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Asian Scholar Network 2021
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/36031/
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/36031/7/Analisis%20Kecuaian%20Doktor%20dalam%20Mendiagnosis%20Rawatan%20di%20Klinik%20Swasta%20Kesan%20kepada%20Penjagaan%20Kesihatan%20Pesakit.pdf
Description
Summary:Kajian ini adalah bertujuan untuk menjelaskan beberapa persoalan berkaitan kecuaian dalam amalan perubatan yang berlaku di hospital dan klinik persendirian. Profesion kedoktoran adalah profesion yang dihormati dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia. Menurut Haq, F. dan Wong, H.Y. (2010), seorang doktor sewajarnya mempamerkan sikap yang baik, boleh diteladani, profesional dan mempunyai kemahiran komunikasi yang baik antaranya lemah lembut,berhati-hati dan menyenangkan hati pesakit yang dirawat semasa memberi perkhidmatan supaya mendatangkan keselesaan kepada pesakit ketika menerima rawatan. Namun begitu, masih terdapat dalam kalangan doktor di klinik swasta yang belum berjaya mempraktikkan sikap profesional kedoktoran mereka sehingga berlaku kecuaian dan kesilapan dalam rawatan. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, peratusan kejadian buruk akibat kecuaian terhadap orang tua melepasi tahap (p = 0.01) dan terdapat sejumlah besar pesakit menghadapi kecederaan dan kesilapan dalam menerima rawatan perubatan, ekoran perkhidmatan yang tidak berkualiti. Lawthers, A. G. dan Hiatt, H. H. (1991) serta Oyebode, F. (2013) melaporkan bahawa pesakit yang dimasukkan ke hospital di seluruh dunia, mencapai tahap 3–16 peratus mengalami kecederaan akibat kecuaian rawatan perubatan dan kesilapan dalam preskripsi ubatan. Kajian ini telah dilaksanakan berasaskan kajian perpustakaan dengan merujuk pelbagai teks pembentangan, jurnal, buku dan laporan bagi memperoleh maklumat berkaitan. Sebanyak 50 buah artikel kajian yang relevan telah dirujuk dan diteliti bagi mengesahkan data kes-kes kecuaian dan kesalahan dalam perkhidmatan rawatan terhadap pesakit di klinik persendirian. Selain itu penulisan ini turut merujuk kepada undang-undang dalam perkhidmatan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan etika Islam untuk dianalisis peranannya dalam isu ini. Hasil kajian mendapati kualiti perkhidmatan rawatan di klinik swasta akan menerima kesan yang lebih baik menerusi amalan dan penerapan prinsip etika Islam serta mematuhi prosedur dalam menyampaikan perkhidmatan perubatan yang telah ditetapkan oleh KKM. Melalui pematuhan kedua-dua prosedur tersebut akan menghasilkan perkhidmatan yang baik dan berkualiti seperti mana yang dikehendaki oleh masyarakat