MIRACLE FINGERS: Meningkatkan Skor Koheren dan Pencapaian Akademik Pelajar Program GALUS
Penggunaan pergerakan jari untuk merangsang pelajar mengira dan mengingat adalah penting. Tujuan kajian modul ‘Miracle Fingers’ dibangunkan untuk membantu pelajar meningkatkan pencapaian akademik dengan pengunaan teknik latihan koheren Heart Rate Variability “HRV” dan zikir dengan mengerakkan jari....
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Widad
2021
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/35350/ http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/35350/7/MIRACLE%20FINGERS%20Meningkatkan%20Skor.pdf |
| Summary: | Penggunaan pergerakan jari untuk merangsang pelajar mengira dan mengingat adalah penting. Tujuan kajian modul ‘Miracle Fingers’ dibangunkan untuk membantu pelajar meningkatkan pencapaian akademik dengan pengunaan teknik latihan koheren Heart Rate Variability “HRV”
dan zikir dengan mengerakkan jari. Modul ini digunakan dengan kumpulan pelajar yang lemah dalam pelajaran disekolah rendah dalam kelompok pelajar yang sering gagal dan lulus (GALUS). Sehingga kini pelbagai teknik telah digunakan untuk meningkatkan prestasi pelajar
GALUS dalam akademik. Kajian ini bertujuan untuk mendalami bagaimana teknik latihan zikir dengan mengerakkan jari berbantukan peralatan biofeedback boleh digunakan untuk membantu pelajar yang lemah meningkatkan prestasi skor koheren dan juga prestasi akademik Teknik zikir tahlil dengan pergerakan jari untuk pengiraan zikir serta peralatan biofeedback digunakan dalam
kajian. Sampel kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar program GALUS seramai 20 orang yang telah dipilih secara rawak. Pelajar menjalani tiga sesi latihan zikir dan biofeedback sepanjang 3 minit setiap sesi. Data perubahan koheren HRV yang dikumpul melibatkan analisis skor
spektrum kuasa VLF, LF, dan HF. Dapatan menunjukkan murid yang menggunakan teknik latihan zikir dengan menggerakkan jari dan peralatan biofeedback berupaya meningkatkan pencapaian skor koheren dan prestasi ujian akademik. Analisis statistik korelasi digunakan untuk
mengkaji hubungan antara skor HRV menunjukkan terdapat hubungan yang sangat kuat antara latihan zikir terhadap skor HRV pelajar dan prestasi akademik. Kajian ini menyimpulkan bahawa teknik latihan zikir menggunakan jari menggunakan modul “Miracle Fingers” boleh dijadikan pendekatan berkesan untuk membantu pelajar lemah dalam meningkatkan skor koheren seterusnya membantu mereka meningkatkan pencapaian akademik. |
|---|