Kajian Keberkesanan Latihan Biofeedback Terhadap Pencapaian Skor HRV (Heart Rate Variability) Murid Sekolah Rendah
Keupayaan pengawalan diri individu boleh diukur melalui skor HRV. Individu berprestasi baik mempunyai skor HRV yang lebih baik berbanding individu berprestasi lemah. Teknik latihan Biofeedback berupaya membantu meningkatkan skor HRV. Kajian ini bertujuan untuk meneroka perbezaan skor HRV bagi kumpul...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Language: | English |
| Published: |
Institute for Social Science Studies, UPM
2021
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/32575/ http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/32575/1/Kajian%20Keberkesanan%20Latihan%20Biofeedback%20Terhadap%20Pencapaian%20Skor%20HRV.pdf |
| Summary: | Keupayaan pengawalan diri individu boleh diukur melalui skor HRV. Individu berprestasi baik mempunyai skor HRV yang lebih baik berbanding individu berprestasi lemah. Teknik latihan Biofeedback berupaya membantu meningkatkan skor HRV. Kajian ini bertujuan untuk meneroka perbezaan skor HRV bagi kumpulan murid sekolah rendah yang berprestasi baik dan murid berprestasi lemah setelah melalui latihan biofeedback. Kajian ini dilakukan secara kuasi eksperimen melibatkan pra ujian dan pasca ujian dimana murid diberikan latihan Biofeedback semasa mereka menjalani pembelajaran sains. Hasil dapatan mendapati murid berprestasi baik mempunyai skor koheren yang lebih baik berbanding skor koheren murid berprestasi lemah. Ini adalah kerana murid berpencapaian baik berupaya membuat pengawalan diri melalui keseimbangan antara sistem saraf simpatetik dan para simpetatik. Selepas latihan Biofeedback dijalankan, didapati peningkatan skor HRV murid berprestasi lemah lebih tinggi berbanding murid berprestasi baik. Ini menunjukkan, murid berprestasi lemah mampu bersaing dengan murid berprestasi baik dengan adanya bimbingan yang lebih khusus. Dapatan kajian merumuskan teknik latihan HRV Biofeedback sesuai digunakan dalam membantu murid sekolah rendah meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran Sains dan juga mata pelajaran lain yang memerlukan penjajaran teknik pembelajaran yang lebih berkesan. |
|---|