Perlembagaan kerajaan Perak attestasi kedaulatan watan [Constitution of the government of Perak as the attestation to the indegenous sovereignty]

Perkembangan perlembagaan bertulis bagi Kerajaan Melayu Perak dapat disaksikan melalui pemakaian Hukum Kanun Melaka diikuti dengan Undang-Undang 99 Perak dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak. Makalah ini bertujuan untuk menghuraikan Undang-Undang 99 Perak dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak mel...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Wan Ahmad Fauzi, Wan Husain
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Malaysia Pahang 2021
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/31581/
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/31581/1/31-Article%20Text-80-1-10-20210629.pdf
Description
Summary:Perkembangan perlembagaan bertulis bagi Kerajaan Melayu Perak dapat disaksikan melalui pemakaian Hukum Kanun Melaka diikuti dengan Undang-Undang 99 Perak dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak. Makalah ini bertujuan untuk menghuraikan Undang-Undang 99 Perak dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak melalui kerangka seperti digagaskan dalam Konsep Kedaulatan Watan Raja-Raja Melayu Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia Menurut Sejarah Perundangan (2017) dari empat aspek, iaitu; pertama, raja adalah pemerintah sebuah kerajaan merdeka; kedua, pemerintahnya mengekalkan agama Islam sebagai anutan; ketiga, pemerintah naik takhta atas syura dan bai’ah; keempat, pemakaian prinsip kedaulatan watan. Makalah ini menggunakan metode kualitatif melalui pendekatan sejarah perundangan berlandaskan jurisprudens watan. Undang-Undang 99 Perak dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak dijadikan sumber primer. Dapatan menunjukkan Undang-Undang 99 Perak dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak merupakan attestasi pemeliharaan kedaulatan yang mendukung Islam sebagai undang-undang watan dan kedaulatan Sultan Perak seperti diwarisi daripada Kesultanan Melayu Melaka. Kedudukan ini amat penting kerana ia menjelaskan prinsip kedaulatan watan Negeri Perak pada hari ini. Pada sisi yang sama, ia memperuntukkan bagaimana prinsip perlembagaan Negeri Perak perlu ditafsirkan.