KONSEP KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA MENURUT SEJARAH PERUNDANGAN --- Thesis UKM
Perbahasan mengenai prinsip perundangan tanah air selama ini mengabaikan konsep kedaulatan watan yang dijunjung oleh Perlembagaan Persekutuan. Akibatnya pelbagai dakwaan dilontarkan termasuklah bahawa Malaysia adalah sebuah negara bukan Islam dan kedaulatan Raja-raja Melayu sudah terhapus. Jus...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Language: | Malay |
| Published: |
2017
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/31291/ http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/31291/1/00%20Front%20Page%20%281%29%20%281%29.pdf |
| Summary: | Perbahasan mengenai prinsip perundangan tanah air selama ini mengabaikan konsep
kedaulatan watan yang dijunjung oleh Perlembagaan Persekutuan. Akibatnya pelbagai
dakwaan dilontarkan termasuklah bahawa Malaysia adalah sebuah negara bukan Islam
dan kedaulatan Raja-raja Melayu sudah terhapus. Justeru, kajian ini adalah bertujuan
untuk menghuraikan konsep kedaulatan watan dari sudut legasi dan legitimasi dalam
kerangka Perlembagaan Persekutuan. Kajian menumpukan konsep kedaulatan Raja�raja Melayu dan implikasinya berasaskan kerangka watan. Kajian ini menggunakan
metod kualitatif sejarah perundangan. Data terkumpul terdiri daripada sumber primer,
sekunder dan temubual. Data-data tersebut dianalisis dengan memberi penekanan
kepada pemeriksaan sejarah kedaulatan watan, kelangsungan legitimasinya merentasi
tempoh campur tangan kuasa-kuasa asing dan kesahannya dalam Perlembagaan
Persekutuan. Hasil kajian mendapati kedaulatan Raja-raja Melayu pada hari ini
dipusakai daripada Kesultanan Melayu Melaka yang berteraskan ajaran Islam dan ia
tidak pernah terungkai. Justeru, kedaulatan bersumberkan Islam merupakan kaedah
pentafsiran paling sahih kedaulatan watan. Melalui pentafsiran tersebut, ia dapat
menghuraikan kedudukan sebenar kedaulatan Raja-raja Melayu, prinsip kuasa
eksekutif Yang di-Pertuan Agong dan pemakaian undang-undang dalam kerangka
prinsip keluhuran perlembagaan. Pentafsiran sedemikian mengharmonikan antara
kuasa eksekutif Yang di-Pertuan Agong dan kedudukan undang-undang Islam dengan
peruntukan-peruntukan lain Perlembagaan Persekutuan. Dapatan di atas dapat
membimbing ahli-ahli politik dan perundangan untuk memberi tafsiran Perlembagaan
Persekutuan dalam kerangka watan dan ia didapati mampu menjawab secara tuntas
isu-isu sensitif terutamanya kedudukan kedaulatan Raja-raja Melayu dan pemakaian
prinsip perundangan Islam. Hasil kajian ini juga dapat dijadikan premis untuk
menjustifikasikan penerusan unsur-unsur watan sebagai teras jatidiri negara dan bagi
perpaduan nasional. Justeru, prinsip perundangan dan pelaksanaan sistem politik
negara kita hendaklah selaras dengan konsep kedaulatan yang diwarisi itu. |
|---|