REKONFIGURASI EPISTEMOLOGI JATI DIRI MELAYU: MANIFESTASINYA KE ATAS SILAT SENI GAYONG --- Thesis UKM
Kajian ini merekonfigurasi ilmu pengetahuan tentang jati diri Melayu dengan menelusuri fakta-fakta sahih secara substantif hingga ke akar umbi persejarahannya dan bagaimana ia dimanifestasikan pada Silat Seni Gayong. Sumber-sumber yang dirujuk ialah catatan China purba abad ke-7 dan ke-14, cat...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Language: | Malay |
| Published: |
2013
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/31290/ http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/31290/1/THESIS%201.pdf |
| Summary: | Kajian ini merekonfigurasi ilmu pengetahuan tentang jati diri Melayu dengan menelusuri
fakta-fakta sahih secara substantif hingga ke akar umbi persejarahannya dan bagaimana ia
dimanifestasikan pada Silat Seni Gayong. Sumber-sumber yang dirujuk ialah catatan
China purba abad ke-7 dan ke-14, catatan Portugis, batu bersurat dan persuratan Melayu
klasik terutamanya Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah. Dalam memperkatakan Silat Seni
Gayong, kajian ini merujuk keterangan yang diperoleh dari Orang Dalam yang telah
ditashihkan pula oleh entiti paling wibawa dalam perguruan ini iaitu Waris Amanah
Mutlak Silat Seni Gayong. Kajian ini menghujah bahawa jati diri Melayu
dikonfigurasikan oleh enam unsur utama iaitu Islam, Institusi Raja Melayu, bahasa
Melayu-Nusantara, adat resam Melayu-Nusantara, keinginan (will) atau semangat
mendalam mahu menjadi Melayu dan seorang rakyat Raja Melayu. Dihujahkan bahawa
proses konfigurasi jati diri Melayu itu adalah berakar umbi daripada keberadaan
Persekutuan atau Empayar Kerajaan Melayu, berpusat di Bukit Seguntang selewat�lewatnya abad ke-6 Masihi, yang memiliki geopolitik jajahan takluk yang sangat luas,
iaitu secara menegak dari Kemboja hingga ke Sunda dan secara melintang dari Fansur
hingga ke selatan Filipina. Pada tahap awal, nama ‘orang Melayu’ terbentuk sempena
nama Kerajaan Melayu. Setelah anak cucu Raja Melayu yang berasal dari Kerajaan
Melayu Tua di Bukit Seguntang itu memeluk Islam pada sekitar awal abad ke-15,
muncullah unsur inti-teras dalam jati diri Melayu, iaitu Islam. Sejak itu, Islam dan
Institusi Raja Melayu menjadi kesatuan unsur inti-teras jati diri Melayu. Kajian ini
merumuskan bahawa enam unsur jati diri Melayu itu telah dimanifestasikan hampir
sepenuhnya ke atas Silat Seni Gayong. Ini dapat ditelusuri pada falsafahnya, kedudukan
Islam yang menjadi asas pegangannya, simbol-simbol kemelayuan padanya, amalannya
bertautan dengan adat resam orang Melayu dan sifat serta sikap berasaskan sahsiah
Melayu-Islam. |
|---|