Dialek keturunan Tok Linggi sebagai sumber istilah dan kearifan tempatan

Kertas kerja ini membincangkan perihal penggunaan istilah dalam sesuatu kerja buat yang dilakukan oleh komuniti keturunan Tok Linggi. Komuniti ini menggunakan Bahasa Melayu dialek Pahang dan tinggal di Kampung Relong, Kuala Lipis sejak hampir dua ratus tahun lampau. Bagi mendapatkan data, pengkaji m...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Jamal Rizal, Razali, Jamilah Bebe, Mohamad, Hasmadi, Hassan
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Malaysia Pahang 2021
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/28392/
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/28392/1/Dialek%20keturunan%20Tok%20Linggi%20sebagai%20sumber%20istilah.pdf
Description
Summary:Kertas kerja ini membincangkan perihal penggunaan istilah dalam sesuatu kerja buat yang dilakukan oleh komuniti keturunan Tok Linggi. Komuniti ini menggunakan Bahasa Melayu dialek Pahang dan tinggal di Kampung Relong, Kuala Lipis sejak hampir dua ratus tahun lampau. Bagi mendapatkan data, pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif iaitu teknik wawancara, rakaman serta catatan dalam perbualan spontan sama ada secara aktif mahupun pasif. Daripada analisis yang dijalankan, terdapat pelbagai istilah yang mempunyai makna dan tujuan khusus bagi kerja buat tertentu. Istilah-istilah ini asalnya adalah kata atau rangkai kata yang ada dalam dialek mereka. Hal ini dapat dikaitkan dengan kearifan tempatan kerana pembinaan istilah ini melibatkan proses uji cuba yang telah melalui tempoh masa yang panjang. Penggunaan dialek sebagai istilah menunjukkan bahawa penggunaan bahasa (istilah) oleh sesebuah komuniti bahasa (orang Melayu keturunan Tok Linggi ini) sangat berkaitan dengan latar budayanya.