Mendidik manusia menjadi manusia

Dewasa ini kita sering dikejutkan dengan pelbagai isu kemanusiaan seperti peperangan, pembunuhan secara terbuka oleh etnik-etnik tertentu, penyiksaan , konflik agama, bencana alam dan yang terkini serangan virus Covid-19. Semua ini berlaku disebabkan satu perkara sahaja iaitu hilangnya nilai-nilai k...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Hasnah, Hussiin
Format: UMPSA News
Language:English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/28170/
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/28170/1/Mendidik%20manusia%20menjadi%20manusia.pdf
Description
Summary:Dewasa ini kita sering dikejutkan dengan pelbagai isu kemanusiaan seperti peperangan, pembunuhan secara terbuka oleh etnik-etnik tertentu, penyiksaan , konflik agama, bencana alam dan yang terkini serangan virus Covid-19. Semua ini berlaku disebabkan satu perkara sahaja iaitu hilangnya nilai-nilai kemanusiaan dalam diri manusia pada hari ini. Secara amnya, dunia sekarang adalah lebih moden jika dibandingkan dengan zaman-zaman terdahulu. Moden kerana manusia mampu mencipta pelbagai teknologi untuk memudahkan kehidupan mereka dalam pelbagai aspek kehidupan. Kini manusia mampu untuk bergerak dalam masa yang pantas, memudahkan manusia berkomunikasi dalam jarak beribu batu, pendidikan menggunakan alam maya, pengeluaran bertambah dengan wujudnya mesin dan jentera dalam sektor perindustrian dan sebagainya. Pendek kata, zaman ini ilmu hanya di hujung jari. Namun, adakah kita sedar, kemajuan teknologi dilihat tidak seiring dengan nilai kemanusiaan. Bagi menjadikan sesuatu bangsa itu bertamadun, sebaiknya teknologi dan nilai kemanusiaan itu berjalan seiring agar ia mampu memberikan kesejahteraan kepada bumi dan manusia sejagat. Tetapi, apa yang kita dapat lihat pada hari ini manusia hanya maju pada luaran sahaja, tapi dalaman manusia masih kurang bertamadun dan beretika.