Sistem permainan Islamiah untuk kanak-kanak (puasa) / Syarul Neezam Yahaya

Permainan islamiah kanak-kanak (Puasa) merupakan sebuah permainan yang berasaskan pembelajaran tentang agama islam dan ia dibangunkan untuk kanak-kanak pra-sekolah dan sekolah rendah. Permaianan ini adalah berkongsepkan multimedia interaktif dan ia menekankan pembelajaran tentang ibadat puasa iaitu...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Syarul Neezam, Yahaya
Format: Thesis
Published: 2005
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/9981/
http://studentsrepo.um.edu.my/9981/1/Syarul_Neezam_Yahaya.pdf
Description
Summary:Permainan islamiah kanak-kanak (Puasa) merupakan sebuah permainan yang berasaskan pembelajaran tentang agama islam dan ia dibangunkan untuk kanak-kanak pra-sekolah dan sekolah rendah. Permaianan ini adalah berkongsepkan multimedia interaktif dan ia menekankan pembelajaran tentang ibadat puasa iaitu syarat sah puasa, rukun puasa, syarat batal puasa, sunat-sunat puasa dan bacaan niat puasa. Permainan ini dapat dicapai secara 'online' kerana ia dibangunkan berasaskan web. Permaianan ini dibangunkan dalam versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris untuk skop yang lebih luas. Antara objektif permaianan ini dibangunkan adalah untuk merekabentuk antaramuka yang bersesuaian dengan jiwa kanak-kanak iaitu latar belakang yang berwarna-warni, ceria, imej-imej yang menarik serta antaramuka yang mudah difahami oleh kanak-kanak, guru-guru tadika serta ibu bapa juga dapat menggunakan permainan ini sebagai sumber pengajaran kanak-kanak. Metologi yang digunakan untuk membangunkan sistem ini ialah 'Model Air Terjun dengan Protaip'. Analisis yang akan dijalankan termasuklah pengaturcaraan dalam multimedia, keperluan fungsian dan bukan fungsian serta mengenalpasti keperluan perkakasan dan perisian. Antara perisian yang dikaji ialah Macromedia Director MX, Flash MX, SwiSH Max, C++, 3D Game Studio dan Java. Perkakasan yang akan digunakan ialah komputer peribadi, ingatan utama 256 RAM, network card dan mikrofon. Bahasa pengaturcaraan yang digunakan untuk membangunkan sistem ini ialah ActionScript, Javascript dan SwishScript.