Sistem multimedia kiosks / Cheah Wei Kean

Sistem Multimedia Kiosks adalah satu sistem yang berkonsep multimedia dalam bentuk penyampaian maklumat secara maya serta dalam bentuk 3D. Versi sistem adalah dalam bentuk Bahasa Inggeris. Sistem ini merupakan satu sistem yang menerangkan tentang peta lokasi sesuatu kawasan dan maklumat yang boleh d...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Cheah, Wei Kean
Format: Thesis
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/9965/
http://studentsrepo.um.edu.my/9965/1/Cheah_Wei_Kean.pdf
Description
Summary:Sistem Multimedia Kiosks adalah satu sistem yang berkonsep multimedia dalam bentuk penyampaian maklumat secara maya serta dalam bentuk 3D. Versi sistem adalah dalam bentuk Bahasa Inggeris. Sistem ini merupakan satu sistem yang menerangkan tentang peta lokasi sesuatu kawasan dan maklumat yang boleh didapati dari kawasan itu serta kegiatan yang dijalankan di kawasan itu. Tempat lokasi yang dipilih adalah di persekitaran kawasan SS2, Petaling Jaya, Selangor. Sistem Multimedia Kiosks ini dibangunkan untuk mengeksploitasikan keunikan dan keistimewaan serta maklumat lokasi kawasan itu kepada para pengguna melalui multimedia yang seimbang. Sistem ini akan mewujudkan suatu suasana maya kepada orang ramai supaya orang ramai dapat menghayati keadaan sebenarnya kawasan itu tanpa menuju ke kawasan itu. Selain itu, sistem ini juga dibangunkan untuk mempromosikan kawasan itu secara global dan maya. Di sampin itu, pembangunan sistem ini boleh dapat mengurangkan kos penghantaran maklumat dan juga dapat mengelakkan pengendalian maklumat secara manual. Perisian-perisian yang digunakan dalam pembangunan Sistem Multimedia Kioks ini adalah seperti 3D Studio Max, Cosmo Player, Macromedia Flash 5/MX dan Macromedia Director.