Isu-isu wanita dalam fiqh jihad kumpulan ekstremisme agama: Kajian terhadap majalah Dabiq dan kaitannya di Malaysia / Muhd Imran Abd Razak

Gejala penglibatan wanita dalam aktiviti ekstremisme semakin membimbangkan. Penyertaan mereka bukan sahaja bersama kumpulan pejuang di kawasan konflik, malah juga luar kawasan konflik. Begitu juga dengan peranan mereka yang semakin berani kerana tidak lagi terhad sebagai pejuang di belakang tabir, b...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Muhd Imran , Abd Razak
Format: Thesis
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/9953/
http://studentsrepo.um.edu.my/9953/4/imran.pdf
_version_ 1848774038537633792
author Muhd Imran , Abd Razak
author_facet Muhd Imran , Abd Razak
author_sort Muhd Imran , Abd Razak
building UM Research Repository
collection Online Access
description Gejala penglibatan wanita dalam aktiviti ekstremisme semakin membimbangkan. Penyertaan mereka bukan sahaja bersama kumpulan pejuang di kawasan konflik, malah juga luar kawasan konflik. Begitu juga dengan peranan mereka yang semakin berani kerana tidak lagi terhad sebagai pejuang di belakang tabir, bahkan turut bersama di barisan hadapan, umpamanya sebagai pengebom berani mati dalam serangan ‘serigala tunggal’. Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan jumlah peningkatan tahanan wanita yang terlibat dengan ekstremisme dari tahun 2013-2018, dengan jumlah kumulatif seramai 43 orang. Sehubungan itu, kajian ini menfokuskan terhadap isu-isu fiqh jihad bagi golongan wanita dalam majalah Dabiq, keluaran kumpulan Islamic State (IS) dan kaitannya dengan penglibatan wanita Malaysia dalam gejala ekstremisme. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian kualitatif ini telah menggunakan kajian perpustakaan yang berasaskan metode dokumentasi dan kajian lapangan yang berasaskan metode temubual. Metode dokumentasi diaplikasi bagi mendapatkan literatur tentang ekstremisme agama dan penelitian terhadap 15 siri majalah Dabiq. Data ini dianalisis kandungannya bagi mengenalpasti isu fiqh jihad wanita aliran ekstremisme agama. Manakala metode temu bual berstruktur diaplikasikan bagi mendapat data tentang hukum berkaitan penglibatan wanita, dan juga realiti penglibatan wanita Malaysia dalam aktiviti ekstremisme. Informan merangkumi pakar deradikalisasi, mufti, pihak E8 PDRM dan saksi terlibat. Walau bagaimanapun, informan wanita yang terlibat dengan ekstremisme agama terdapat kekangan untuk ditemu bual. Data temu bual dianalisis kandungannya secara tematik dengan menggunakan perisian Atlas.ti. Hasil kajian mendapati fiqh jihad wanita dalam majalah Dabiq khususnya dan kumpulan IS umumnya mempunyai pandangan hukum yang keras berikutan pendekatan mereka yang cenderung kepada pemahaman secara literal dan selektif di samping tidak meraikan konteks semasa masyarakat Islam secara global. Senario ini dapat dilihat dalam isu wanita mengangkat senjata dan menjadi pengebom berani mati yang mempunyai unsur beban tugas berganda; manakala jihad nikah dan musafir tanpa mahram menunjukkan wujudnya elemen stereotaip wanita. Pengkaji mendapati bahawa isu terbabit mempunyai hubung kait dengan penglibatan wanita Malaysia dalam kumpulan ekstremisme agama, terutamanya melibatkan jihad nikah dan bermusafir tanpa mahram. Selaras dengan itu, pendekatan ‘counter-hukum’ Islam yang bersifat wasatiyyah diperlukan bagi mengimbangi antara tuntutan tekstual dan realiti kontekstual agar aktiviti dan fahaman ekstrem yang mengeksploitasi agama dapat ditangani. Pendekatan ini turut membantu dalam menjaga kelestarian hukum Islam, maslahah wanita serta kedamaian setempat dan global.
first_indexed 2025-11-14T13:51:57Z
format Thesis
id um-9953
institution University Malaya
institution_category Local University
last_indexed 2025-11-14T13:51:57Z
publishDate 2018
recordtype eprints
repository_type Digital Repository
spelling um-99532021-04-11T23:19:16Z Isu-isu wanita dalam fiqh jihad kumpulan ekstremisme agama: Kajian terhadap majalah Dabiq dan kaitannya di Malaysia / Muhd Imran Abd Razak Muhd Imran , Abd Razak BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc H Social Sciences (General) Gejala penglibatan wanita dalam aktiviti ekstremisme semakin membimbangkan. Penyertaan mereka bukan sahaja bersama kumpulan pejuang di kawasan konflik, malah juga luar kawasan konflik. Begitu juga dengan peranan mereka yang semakin berani kerana tidak lagi terhad sebagai pejuang di belakang tabir, bahkan turut bersama di barisan hadapan, umpamanya sebagai pengebom berani mati dalam serangan ‘serigala tunggal’. Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan jumlah peningkatan tahanan wanita yang terlibat dengan ekstremisme dari tahun 2013-2018, dengan jumlah kumulatif seramai 43 orang. Sehubungan itu, kajian ini menfokuskan terhadap isu-isu fiqh jihad bagi golongan wanita dalam majalah Dabiq, keluaran kumpulan Islamic State (IS) dan kaitannya dengan penglibatan wanita Malaysia dalam gejala ekstremisme. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian kualitatif ini telah menggunakan kajian perpustakaan yang berasaskan metode dokumentasi dan kajian lapangan yang berasaskan metode temubual. Metode dokumentasi diaplikasi bagi mendapatkan literatur tentang ekstremisme agama dan penelitian terhadap 15 siri majalah Dabiq. Data ini dianalisis kandungannya bagi mengenalpasti isu fiqh jihad wanita aliran ekstremisme agama. Manakala metode temu bual berstruktur diaplikasikan bagi mendapat data tentang hukum berkaitan penglibatan wanita, dan juga realiti penglibatan wanita Malaysia dalam aktiviti ekstremisme. Informan merangkumi pakar deradikalisasi, mufti, pihak E8 PDRM dan saksi terlibat. Walau bagaimanapun, informan wanita yang terlibat dengan ekstremisme agama terdapat kekangan untuk ditemu bual. Data temu bual dianalisis kandungannya secara tematik dengan menggunakan perisian Atlas.ti. Hasil kajian mendapati fiqh jihad wanita dalam majalah Dabiq khususnya dan kumpulan IS umumnya mempunyai pandangan hukum yang keras berikutan pendekatan mereka yang cenderung kepada pemahaman secara literal dan selektif di samping tidak meraikan konteks semasa masyarakat Islam secara global. Senario ini dapat dilihat dalam isu wanita mengangkat senjata dan menjadi pengebom berani mati yang mempunyai unsur beban tugas berganda; manakala jihad nikah dan musafir tanpa mahram menunjukkan wujudnya elemen stereotaip wanita. Pengkaji mendapati bahawa isu terbabit mempunyai hubung kait dengan penglibatan wanita Malaysia dalam kumpulan ekstremisme agama, terutamanya melibatkan jihad nikah dan bermusafir tanpa mahram. Selaras dengan itu, pendekatan ‘counter-hukum’ Islam yang bersifat wasatiyyah diperlukan bagi mengimbangi antara tuntutan tekstual dan realiti kontekstual agar aktiviti dan fahaman ekstrem yang mengeksploitasi agama dapat ditangani. Pendekatan ini turut membantu dalam menjaga kelestarian hukum Islam, maslahah wanita serta kedamaian setempat dan global. 2018 Thesis NonPeerReviewed application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/9953/4/imran.pdf Muhd Imran , Abd Razak (2018) Isu-isu wanita dalam fiqh jihad kumpulan ekstremisme agama: Kajian terhadap majalah Dabiq dan kaitannya di Malaysia / Muhd Imran Abd Razak. PhD thesis, University of Malaya. http://studentsrepo.um.edu.my/9953/
spellingShingle BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences (General)
Muhd Imran , Abd Razak
Isu-isu wanita dalam fiqh jihad kumpulan ekstremisme agama: Kajian terhadap majalah Dabiq dan kaitannya di Malaysia / Muhd Imran Abd Razak
title Isu-isu wanita dalam fiqh jihad kumpulan ekstremisme agama: Kajian terhadap majalah Dabiq dan kaitannya di Malaysia / Muhd Imran Abd Razak
title_full Isu-isu wanita dalam fiqh jihad kumpulan ekstremisme agama: Kajian terhadap majalah Dabiq dan kaitannya di Malaysia / Muhd Imran Abd Razak
title_fullStr Isu-isu wanita dalam fiqh jihad kumpulan ekstremisme agama: Kajian terhadap majalah Dabiq dan kaitannya di Malaysia / Muhd Imran Abd Razak
title_full_unstemmed Isu-isu wanita dalam fiqh jihad kumpulan ekstremisme agama: Kajian terhadap majalah Dabiq dan kaitannya di Malaysia / Muhd Imran Abd Razak
title_short Isu-isu wanita dalam fiqh jihad kumpulan ekstremisme agama: Kajian terhadap majalah Dabiq dan kaitannya di Malaysia / Muhd Imran Abd Razak
title_sort isu-isu wanita dalam fiqh jihad kumpulan ekstremisme agama: kajian terhadap majalah dabiq dan kaitannya di malaysia / muhd imran abd razak
topic BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences (General)
url http://studentsrepo.um.edu.my/9953/
http://studentsrepo.um.edu.my/9953/4/imran.pdf