Pelaksanaan dasar kesenian di Negeri Kelantan dari tahun 1990 hingga 2015: Analisis menurut perspektif siasah syar’iyyah / Mohd Asri Che Ibrahim
Prinsip utama dalam pelaksanaan siasah syar‘iyyah ialah bertindak terhadap sesuatu perkara berdasarkan kemaslahatan dan kebajikan untuk rakyat. Dengan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kedudukan siasah syar‘iyyah dan pengamalannya dalam bidang kesenian di negeri Kelantan dari tahun 1990...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2018
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/9762/ http://studentsrepo.um.edu.my/9762/2/Mohd_Asri_Che_Ibrahim.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/9762/6/asri.pdf |
| Summary: | Prinsip utama dalam pelaksanaan siasah syar‘iyyah ialah bertindak terhadap sesuatu perkara berdasarkan kemaslahatan dan kebajikan untuk rakyat. Dengan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kedudukan siasah syar‘iyyah dan pengamalannya dalam bidang kesenian di negeri Kelantan dari tahun 1990 hingga 2015. Untuk mencapai objektif tersebut, penulis telah meneliti polisi kesenian kerajaan Kelantan dan penerapannya dalam Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998, Garis Panduan Persembahan Kebudayaan (Hiburan)1998 dan Garis Panduan Kawalan Hiburan 2003. Namun begitu kajian ini lebih berfokus kepada penerapan dasar kesenian dan hiburan mengikut perspektif siasah syar‘iyyah melalui penguatkuasaan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 dengan membuat analisa terhadap program pembaharuan kerajaan Kelantan dalam bidang kesenian dan hiburan. Untuk mencapai tujuan tersebut, penulis telah menggunakan kaedah perpustakaan dan analisis dokumen rasmi seperti surat pekeliling, warta, enakmen dan garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan Kelantan. Hasil kajian, penulis mendapati pembaharuan yang dilakukan sepanjang tempoh tersebut menepati dengan siasah syar‘iyyah dan menjadikan aktiviti kesenian dan hiburan di Kelantan yang lebih Islamik. Diharapkan kajian ini dapat menyumbang kepada pengkayaan khazanah budaya Melayu Islam yang bersesuaian dengan syariat serta pembentukan model siasah syar‘iyyah dalam bidang kesenian dan hiburan yang bertepatan dengan hukum syarak. Semoga kajian ini dapat membantu para pengkaji kesenian pada masa akan datang. |
|---|