Nombor & objek pintar / Ilya Jehan Mazlan
Pakej Nombor & Objek Pintar yang akan dibangunkan ini adalah satu pakej pembelajaran bermultimedia yang berasaskan web di mana ia direka khususnya untuk kegunaan pelajar prasekolah atau tadika. Fokus utama pakej Nombor & Objek Pintar adalah untuk membantu kanak-kanak mengenal dan mempelajari...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2001
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/9742/ http://studentsrepo.um.edu.my/9742/1/Ilya_Jehan_Mazlan_%2D_Academic_exercise.pdf |
| Summary: | Pakej Nombor & Objek Pintar yang akan dibangunkan ini adalah satu pakej pembelajaran bermultimedia yang berasaskan web di mana ia direka khususnya untuk kegunaan pelajar prasekolah atau tadika. Fokus utama pakej Nombor & Objek Pintar adalah untuk membantu kanak-kanak mengenal dan mempelajari nombor-nombor dengan menggunakan bantuan gambarajah objek-objek yang biasa dilihat melalui kemudahan laman web. Pemilihan multimedia sebagai tapak dalam penciptaan Nombor & Objek Pintar adalah amat bersesuaian. Sistem multimedia ini menggunakan kombinasi grafik, teks, audio, animasi dan video dalam memberi maklumat persekitaran. Gabungan ini dapat memberi kesan yang mendalam untuk kanak-kanak serta dapat menarik minat mereka. Secara tidak langsung, ini juga merupakan satu pendedahan awal kepada kanak-kanak terhadap penggunaan komputer dalam sistem pembelajaran sekarang. Untuk mewujudkan persekitaran yang berkonsepkan mesra pengguna (user friendly), pakej Nombor & Objek Pintar dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia Director. Perisian ini menyediakan pelbagai kemudahan rekabentuk antaramuka pengguna. Diharapkan semoga pakej Nombor & Objek Pintar ini mendapat sambutan dan memenuhi kehendak pengguna khususnya kanak-kanak prasekolah.
|
|---|