Kemiskinan kaum nelayan di Kampung Beting Lentang, Besut, Terengganu / Ong Mee Fong

Dalam bab I, pengkaji telah memberi suatu pendahuluan ringkas tentang golongan nelayan di Semenanjung Malaysia. Juga dalam bab ini, dibincang tentang tujuan kajian, bidang kajian, metod kajian dan kesulitan dalam kajian. Dalam bab II, diberi suatu penerangan yang jelas tentang konsep kemiskinan deng...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Ong , Mee Fong
Format: Thesis
Published: 1985
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/9514/
http://studentsrepo.um.edu.my/9514/1/Kemiskinan_kaum_nelayan_di_Kampung_Beting_Lentang%2C_Besut%2C_Terengganu.pdf
Description
Summary:Dalam bab I, pengkaji telah memberi suatu pendahuluan ringkas tentang golongan nelayan di Semenanjung Malaysia. Juga dalam bab ini, dibincang tentang tujuan kajian, bidang kajian, metod kajian dan kesulitan dalam kajian. Dalam bab II, diberi suatu penerangan yang jelas tentang konsep kemiskinan dengan dibincang pendapat yang dikemukakan oleh sarjana dari luar negeri dan dalam negeri. Juga tidak ketinggalan perbincang tentang bagaimana kemiskinan diukur, dengan tumpuan khas kepada 2 cara yang utama iaitu secara relatif dan secara mutlak. Akhir sekali juga dibentang beberapa teori tentang keujudan aspek kemiskinan ini. Dalam bab III. pengkaji telah memberi suatu penerangan tentang latarbelakang golongan nelayan di kampung ini dengan membincang secara mendalam tentang struktur pekerjaan mereka, umur nelayan, taraf perkahwinan mereka serta taraf pelajaran mereka. Dalam bab IV, pengkaji telah membincang tentang faktor-faktor yang telah membawa kepada keadaan kemiskinan di kampung ini yang meliputi aspek hasil pendapatan yang tidak tetap serta rendah, peluang pekerjaan yang terhad serta tanggungan keluarga yang berat. Akhir sekali pengkaji telah menyimpul keseluruhan projek ini.