Sistem buku resipi bermultimedia smartcook / Nor Aliza Mohd Amin

Sistem SmartCook adalah merupakan projektahun akhir bagi memenuhi keperluan dalam penganugerahan Ijazah Sarjana Muda di Fakulti Sains Komputer. Sistem SmartCook merupakan sistem yang berkonsepkan buku resipi bermultimedia. Di samping melaksanakan kursus latihan ilmiah, ia juga bertujuan dalam menera...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Nor Aliza, Mohd Amin
Format: Thesis
Published: 2002
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/9440/
http://studentsrepo.um.edu.my/9440/4/aliza.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/9440/7/aliza.pdf
Description
Summary:Sistem SmartCook adalah merupakan projektahun akhir bagi memenuhi keperluan dalam penganugerahan Ijazah Sarjana Muda di Fakulti Sains Komputer. Sistem SmartCook merupakan sistem yang berkonsepkan buku resipi bermultimedia. Di samping melaksanakan kursus latihan ilmiah, ia juga bertujuan dalam menerajui era pembangunan teknologi maklumat yang semakin pesat kini dan sama-sama bersaing dengan perisian yang wujud, namun banyak yang tidak memenuhi kehendak pengguna sepenuhnya seperti antaramuka yang kurang menarik dan sebagainya. SmartCook mempunyai kandungan koleksi berbagai resepi seperti masakan-masakan dari berbagai bangsa, aneka pembasuh mulut dan diselitkan juga koleksi petua berkaitan masakan. Semua maklumat di dalam sistem ini dimanipulasikan dalam interaktif multimedia yang menggabungkan elemen-elemen seperti teks, animasi, gambar dan audio. Selain daripada itu, sistem menyediakan satu modul untuk pencarian resipi. Glosari adalah satu modul yang menyediakan maklumat mengenai bahan masakan yang kurang dikenali secara terperinci kepada pengguna. SmartCook juga merupakan sistem yang pintar di mana pengguna dapat meminta cadangan menu berdasarkan maklumat input bahan mentah yang telah dimasukkan oleh mereka. Dalam mewujudkan persekitaran pembangunan bermultimedia yang berkonsepkan mesra pengguna, sistem ini akan dibangunkan menggunakan perisian Macromedia Director 8 dan bahasa pengaturcaraan Lingo Script bagi menyokong pembangunan sistem ini. Perisian ini menyediakan platform multimedia bagi sistem ini. Adalah diharapkan SmartCook menjadi satu perisian yang mempunyai ciri-ciri yang memenuhi kehendak pengguna dan mampu untuk bersaing dengan perisian-perisian lain di pasaran kini.