Latarbelakang sosio-ekonomi ibu bapa dan peluang hidup anak-anak di Padang Pak Amat, Pasir Puteh, Kelantan / Husain Mahmood

Bab I menjelaskan tujuan, kepentingan dan bidang kajian. Kaedah-kaedah kajian yang digunakan dan kesulitan-kesulitan yang dihadapi semasa menjalankan kajian luar serta cara-cara mengatasi turut dipaparkan dalam bab ini. Bab II pula menyentuh mengenai latarbelakang kawasan kajian, iaitu meliputi aspe...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Husain , Mahmood
Format: Thesis
Published: 1985
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/9290/
http://studentsrepo.um.edu.my/9290/1/latarbelakang.pdf
Description
Summary:Bab I menjelaskan tujuan, kepentingan dan bidang kajian. Kaedah-kaedah kajian yang digunakan dan kesulitan-kesulitan yang dihadapi semasa menjalankan kajian luar serta cara-cara mengatasi turut dipaparkan dalam bab ini. Bab II pula menyentuh mengenai latarbelakang kawasan kajian, iaitu meliputi aspek-aspek pentadbiran dan lokasi, sejarah, penduduk dan penempatan, kemudahan kemudahan asas yang terdapat serta sistem perhubungan. Konsep 'life chances' atau peluang hidup dan pendidikan di Malaysia dihuraikan dalam bab III. Turut dibincangkan dalam bab ini ialah hubungan di antara pelajaran dan pekerjaan dengan kelas dan status serta kajian-kajian lain yang pernah dilakukan, yang hampir atau menyamai kajian ini. Dalam bab IV, disentuh mengenai latarbelakang pekerjaan, pendapatan dan tahap pendidikan ketua keluarga. Di samping pendidikan isteri, hubungan d1 antara pendidikan ketua keluarga dengan pendapatan yang diperolehi juga turut dibincangkan. Tahap pendidikan anak yang sedang dan telah tamat bersekolah, jenis pekerjaan anak-anak serta sikap ibubapa terhadap pelajaran anak-anak mereka dibincangkan dalam bab V. Dalam bab VI, hasil-hasil kajian yang didapati dirumus dan dibincangkan juga sikap ibubapa di zaman sebelum dan selepas merdeka terhadap pelajaran anak-anak. Turut dimuatkan dalam bab ini ialah perbandingan di antara hasil-hasil kajian ini dengan kajian-kajian terdahulu.