Tahap pemikiran politik mahasiswa terhadap pilihan raya kampus di Universiti Malaya / Hafiz Arif Ghazali
Universiti Malaya (UM) yang merupakan antara universiti berprestij dan tertua di Malaysia sering menjadi tumpuan setiap kali menjelang Pilihan Raya Kampus dari tempoh bermulanya penamaan calon, kempen dan keputusannya.Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pemikiran politik mahasiswa terhada...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2013
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://pendeta.um.edu.my/client/en_AU/default/search/detailnonmodal/ent:$002f$002fSD_ILS$002f0$002fSD_ILS:888446/one?qu=Tahap+pemikiran+politik+mahasiswa+terhadap+pilihan+raya+kampus+di+Universiti+Malaya&rt=false%7C%7C%7CTITLE%7C%7C%7CTitle http://studentsrepo.um.edu.my/9082/1/Tahap_pemikiran_politik_mahasiswa_terhadap_pilihan_raya_kampus_di_Universiti_Malaya.pdf |
| Summary: | Universiti Malaya (UM) yang merupakan antara universiti berprestij dan tertua di Malaysia sering menjadi tumpuan setiap kali menjelang Pilihan Raya Kampus dari tempoh bermulanya penamaan calon, kempen dan keputusannya.Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pemikiran politik mahasiswa terhadap Pilihan Raya Kampus di Universiti Malaya. Seramai 100 orang mahasiswa yang mewakili lapan buah fakulti di Universiti Malaya Kuala Lumpur telah dipilih sebagai responden melalui kaedah persampelan rawak mudah. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan Statistical Package of Social Science (SPSS) dan analisis dilakukan secara deskriptif dengan menggunakan kaedah taburan kekerapan peratusan, min dan sisihan piawai.
Hasil kajian mendapati bahawa tahap pemikiran politik mahasiswa terhadap Pilihan Raya Kampus di Universiti Malaya secara keseluruhannya berada di tahap yang sederhana. Analisis menunjukkan bahawa tahap pemikiran politik mahasiswa adalah tinggi terhadap dimensi Pilihan Raya Kampus dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) manakala tahap pemikiran mereka terhadap dimensi Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (MPMUM, calon, dan pemikiran politik adalah di tahap yang sederhana. |
|---|