Pakej pembelajaran matematik UPSR (M3UPSR) / Radziah Ab. Hamid
M3UPSR merupakan satu pakej pembelajaran multimedia matematik yang dibangunkan khusus untuk pelajar-pelajar tahun 4, 5 dan 6 kurikulum bersepadu sekolah rendah (KBSR) yang bakal menduduki ujian penilaian sekolah rendah (UPSR). Pakej ini memfokus kepada latihan-latihan berasaskan kepada tajuk-tajuk y...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2001
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/8943/ http://studentsrepo.um.edu.my/8943/4/radziah.pdf |
| Summary: | M3UPSR merupakan satu pakej pembelajaran multimedia matematik yang dibangunkan khusus untuk pelajar-pelajar tahun 4, 5 dan 6 kurikulum bersepadu sekolah rendah (KBSR) yang bakal menduduki ujian penilaian sekolah rendah (UPSR). Pakej ini memfokus kepada latihan-latihan berasaskan kepada tajuk-tajuk yang terkandung di dalam silibus matematik UPSR. Setiap jenis latihan di
dalam pakej ini dibahagikan kepada beberapa unit set latihan. Soalan-soalan latihan yang berbentuk aneka pilihan dan 'isikan tempat kosong' diberikan untuk
menilai pemahaman pelajar terhadap matapelajaran matematik. Gabungan beberapa elemen multimedia juga akan menghasilkan antaramuka yang menarik disamping penggunaannya yang berbentuk mesra-pengguna (user-friendly). M3UPSR ini dibangunkan dengan menggunakan bahasa pengarangan Macromedia Authorware 4.0 di mana ianya menyediakan pelbagai kemudahan dalam rekabentuk antaramuka pengguna. Pakej ini mengandungi 3 modul utama
iaitu modul latihan objektif, modul latihan subjektif dan modul peperiksaan. Dengan kesemua ciri-ciri serta kemudahan yang terkandung dalam pakej ini, M3UPSR diharapkan dapat menjadi satu alat bantuan belajar yang memberi kesan efektif kepada pelajar-pelajar dengan bimbingan daripada ibubapa dan guru. |
|---|