Hubungan etnik di kalangan Orang Asli: Satu kajian etnografi terhadap Orang Temiar di Kampung Chengkelik, RPS Kuala Betis, Kelantan / Sabihah Ibrahim
Kajian ini dilakukan di Kampung Chengkelik , RPS Kuala Betis , Kelantan. Ianya bertujuan untuk mengetahui kehidupan Orang Asli di sini dengan lebih mendalam serta melihat sejauhmanakah perhubungan etnik yang wujud di antara mereka dengan masyarakat luar dan kebenaran bahawa Orang Asli adalah masyara...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
1988
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/8897/ http://studentsrepo.um.edu.my/8897/4/sabihah.pdf |
| Summary: | Kajian ini dilakukan di Kampung Chengkelik , RPS Kuala Betis , Kelantan. Ianya bertujuan untuk mengetahui kehidupan Orang Asli di sini dengan lebih mendalam serta melihat sejauhmanakah perhubungan etnik yang wujud di antara mereka dengan masyarakat luar dan kebenaran bahawa Orang Asli adalah masyarakat yang terang dan tertutup. Penulisan ini dilakukan dalam tujuh bab mengikut aspek aspek yang berlainan. Bab1: Menerangkan tujuan kajian dilakukan, bidang yang dikaji serta kaedah yang digunakan danmasalah yang timbul serta care menqatasinya. Bab 2: Latar belakang Orang Temiar dari segi identifikasi , bahasa, organisasi sosio-politik serta kegiatan ekonomi tradisi mereka. Bab ini memberikan gambaran asas tentang perkaitan dengan bab-bab seterusnya. Bab 3: Latar belakang dan lokasi kampung yang dikaji dari sudut sejarah, demografi, organisasi kampung dan kemudahan yang boleh didapati. Bab 4: Perhubungan dari segi ekonomi antara penduduk kampung ini dengan masyarakat luar melalui peranan orang tengah, pembelian barang dan
kesan ekonomi pasaran kepada masyarakat di sini. Bab 5: Hubungan dengan kerajaan dari segi projek- projek yang dilaksanakan serta di segi politik di samping soal tanah . Tentang sikap Orang Asli terhadap pemerintah serta kesannya. Bab 6: Pengaruh sosial seperti perkahwinan , mass media serta peranan mubaligh dan agama dalam proses mengintegrasiken masyarakat ini dengan masyarakat luar. Bab 7: Kesimpulan terhadap kesan- kesan ekonomi, politik dan sosial kepada matlamat kerajaan dalam mengwujudkan integrasi antera masyarakat serta menghapuskan imej Orang Asli sebagai masyarakat yang mundur, terasing dan tertutup. Cadangan-cadangan untuk memajukan taraf Orang Asli.
|
|---|