Filem berunsur dakwah di Malaysia: Kajian dari aspek pematuhan syariah / Hajar Opir
Realitinya filem telah mengalami anjakan paradigma yang pantas dari wahana hiburan berkembang menjadi sebuah industri yang berorientasikan komersial. Genrenya turut berevolusi dengan pelbagai variasi. Namun secara tuntas belum wujud garis panduan khusus untuk filem di Malaysia. Walaupun telah wuj...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2018
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/8856/ http://studentsrepo.um.edu.my/8856/1/Hajar_Odir.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/8856/9/hajar.pdf |
| Summary: | Realitinya filem telah mengalami anjakan paradigma yang pantas dari wahana hiburan
berkembang menjadi sebuah industri yang berorientasikan komersial. Genrenya turut
berevolusi dengan pelbagai variasi. Namun secara tuntas belum wujud garis panduan
khusus untuk filem di Malaysia. Walaupun telah wujud garis panduan hiburan yang
dikeluarkan oleh pihak berautoriti seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran
Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL), tetapi masih bersifat umum dan
tidak sepenuhnya merangkumi elemen filem. Malah kriteria pengukuran pematuhan
syariah juga masih belum terhasil. Dalam konteks filem sebagai wasilah dakwah
memang tidak dinafikan fungsinya tetapi penggunaan istilah filem dakwah masih
menjadi polemik dan perdebatan yang berpanjangan. Justeru, Kajian ini bertujuan
untuk mengkaji konsep dakwah dan pematuhan syariah dalam filem, menganalisa
pembentukan kriteria pematuhan syariah dalam filem berasaskan fatwa dan garis
panduan berkaitan filem di Malaysia dan menganalisa filem berunsur dakwah di
Malaysia berasaskan kriteria pematuhan syariah dalam filem. Kajian ini menggunakan
pendekatan kualitatif berbentuk analisis kandungan. Pengumpulan data kajian
menggunakan metode perpustakaan dan lapangan. Dalam konteks kaedah lapangan
pula menggunakan metode wawancara dan observasi. Manakala analisis kandungan
dilakukan menggunakan kombinasi kaedah CAVDI-xpro (Computer Assisted for Video
Data Index using x program iaitu informasi data video berbantu komputar di mana ‘x’
adalah penggunaan computer untuk melihat scene berdasarkan kod masa) dan
ATLAS.ti. Hasil kajian mendapati bahawa pematuhan syariah filem berunsur dakwah
di Malaysia bagi kategori B (akhlak, watak, nyanyian, muzik, latar, perkakasan dan
pengimejan) adalah signifikan dan berada dalam tahap yang baik sebaliknya bagi
kategori A adalah tidak signifikan (elemen akidah). |
|---|