Peranan koperasi peneroka di tanah rancangan Felda / Faridon Md.Saad

Kajian ini merupakan satu kajian kes mengenai Peranan Koperasi Peneroka Felda dalam meninggikan taraf sosio ekonomi di sebuah penempatan Felda di Negeri Pahang iaitu Felda Jengka Sebelas. Tumpuan kajian ialah melihat peranan koperasi dari aspek ekonomi dan sosial.Kajian juga untuk melihat sejauh man...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Faridon , Md.Saad
Format: Thesis
Published: 1986
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/8773/
http://studentsrepo.um.edu.my/8773/1/Peranan_koperasi_peneroka_di_tanah_rancangan_Felda.pdf
Description
Summary:Kajian ini merupakan satu kajian kes mengenai Peranan Koperasi Peneroka Felda dalam meninggikan taraf sosio ekonomi di sebuah penempatan Felda di Negeri Pahang iaitu Felda Jengka Sebelas. Tumpuan kajian ialah melihat peranan koperasi dari aspek ekonomi dan sosial.Kajian juga untuk melihat sejauh mana matlamat-matlamat pembangunan dapat dicapai oleh koperasi. Pengkaji mengemukakan definisi, prinsip dan konsep koperasi, sejarah perkembangan prinsip-prinsip tersebut serta sejarah koperasi di Malaysia secara am. Dibincangkan bagaimana prinsip-prinsip koperasi diterima dan diamalkan di Malaysia. Berikutnya ialah pembentangan latarbelakang tempat kajian yang meliputi berbagai aspek sama ada social mahupun ekonomi. Kemudian diikuti oleh penghuraian latarbelakang responden dan penglibatan mereka di dalam koperasi dari sumber data yang diperolehi dari kaji selidek yang dijalankan. Seterusnya pengkaji membentangkan peranan koperasi yang meliputi penerangan mengenai sejarah koperasi ini, kegiatan yang dijalankan, prestasi, masalah serta cara penyelesaiannya. Sebagai penutup dibuat rumusan dan analisa tentang kajian dari keseluruhan aspek yang dikaji, saranan dan akhirnya kelemahan yang terdapat dalam kajian ini.