Reka bentuk model aktiviti penggunaan lagu kanak-kanak Melayu tradisional untuk peningkatan imaginasi kreatif Pra Sekolah / Azli Ariffin
Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk dan membangunkan Model Aktiviti Penggunaan Lagu Kanak-Kanak Melayu Tradisional untuk Peningkatan Imaginasi- Kreatif Prasekolah. Tujuan pembinaan model ini adalah untuk membantu dan memudahcarakan pelaksanakan pembinaan imaginasi-kreatif kanak-kanak praseko...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2018
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/8452/ http://studentsrepo.um.edu.my/8452/1/All.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/8452/6/azli.pdf |
| Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk dan membangunkan Model Aktiviti
Penggunaan Lagu Kanak-Kanak Melayu Tradisional untuk Peningkatan Imaginasi-
Kreatif Prasekolah. Tujuan pembinaan model ini adalah untuk membantu dan
memudahcarakan pelaksanakan pembinaan imaginasi-kreatif kanak-kanak prasekolah.
Sungguhpun imaginasi ada disebut sebagai salah satu proses yang perlu ada dalam
perkembangan dan pemupukan kreativiti kanak-kanak, namun peranan dan
kedudukannya tidak dinyatakan dengan jelas dalam dokumen Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Imaginasi hanya dilihat sebagai pelengkap kepada
perkembangan kreativiti dan tidak dilihat sebagai satu elemen yang penting dalam
perkembangan kreativiti kanak-kanak. Kajian ini menggunakan Kaedah Kajian Reka
Bentuk dan Pembinaan (Design and Development Research Approach) yang telah
diperkenalkan oleh Ritchey dan Klien (2007) dalam membangunkan model. Langkah
kajian ini telah dibahagikan kepada tiga fasa. Fasa pertama melibatkan analisis
keperluan dengan menggunakan soal selidik yang dijalankan ke atas seramai tujuh puluh
lima orang guru prasekolah bagi mendapatkan maklum balas berkaitan keperluan
pembinaan dan kandungan model yang dibina. Fasa kedua menggunakan kaedah
Interpretive Structural Modeling (ISM) untuk membangunkan model berdasarkan
kepada pandangan dan keputusan panel pakar yang terdiri daripada sebelas orang. Fasa
ketiga melibatkan seramai lima puluh orang guru prasekolah untuk menilai model
tersebut menggunakan kaedah fuzzy Delphi yang telah diubah suai. Penilaian tersebut
berdasarkan respon para guru terhadap soal selidik yang digunakan bagi menilai kebolehgunaan model yang telah dibina. Dapatan fasa pertama menunjukkan bahawa
terdapat keperluan terhadap pembinaan model imaginasi-kreatif kanak-kanak
prasekolah. Sejumlah 52.0% resoponden memilih sangat setuju dan sejumlah 45.3%
pula memilih setuju bahawa mereka memerlukan panduan untuk meningkatkan
imaginasi-kreatif kanak-kanak prasekolah. Bagi aspek kandungan pula, hampir
keseluruhan responden memilih sangat setuju kandungan berkaitan keupayaan ingin
tahu, meneroka, main peranan dan mereka cipta sebagai kandungan dalam pembinaan
model. Berkaitan dengan kesesuaian penggunaaan lagu kanak-kanak Melayu tradisional
pula, sejumlah 69.3% responden memilih setuju dan sejumlah 24.0% pula sangat setuju
dengan penggunaan lagu berkenaan. Panel pakar juga berpendapat bahawa sebanyak dua
puluh aktiviti yang telah dipilih boleh dibahagikan kepada tiga fasa (merangsang,
merasai dan membina) dan dipecahkan kepada lima peringkat. Dapatan daripada fasa
ketiga kajian pula menunjukkan Model Aktiviti Penggunaan Lagu Kanak-Kanak Melayu
Tradisional Untuk Peningkatan Imaginasi-Kreatif Prasekolah adalah sesuai digunakan
kerana mempunyai tahap kebolehgunaan yang tinggi berdasarkan kepada nilai
defuzzification kesepakatan pakar yang tinggi, iaitu berada dalam julat 42.15 hingga
44.90. |
|---|