Aplikasi teori mahjub dalam memperbaiki penyebutan bunyi Bahasa Arab dalam kalangan pelajar Sabah / Issraq Ramli
Banyak modul sebutan yang ada di pasaran untuk memperkenalkan teknik pembelajaran dan pengajaran sebutan al-Quran al-Karim dan bahasa Arab. Ada yang menggunakan kaedah klasik, moden dan ada yang menggunakan kedua-dua kaedah secara komprehensif. Namun amat sedikit yang kita lihat kaedah yang dapat...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2017
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/8451/ http://studentsrepo.um.edu.my/8451/1/All.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/8451/6/israq.pdf |
| Summary: | Banyak modul sebutan yang ada di pasaran untuk memperkenalkan teknik pembelajaran
dan pengajaran sebutan al-Quran al-Karim dan bahasa Arab. Ada yang menggunakan
kaedah klasik, moden dan ada yang menggunakan kedua-dua kaedah secara komprehensif.
Namun amat sedikit yang kita lihat kaedah yang dapat memperbaiki sebutan dan
menumpukkan khusus teknik kepada pelajar bukan Arab. Sering kali diperkatakan tentang
masalah sebutan pelajar Sabah tanpa membuat kajian secara terperinci dan ilmiah. Justeru
itu kajian ini dibuat untuk melihat masalah sebenar sebutan bahasa Arab pelajar Sabah
seterusnya mengaplikasikan teori Mahjub (1993) untuk memperbaiki masalah sebutan
bahasa Arab. Kajian ini dilakukan di sebuah sekolah Menengah Kebangsaan di Kota
Kinabalu yang responden kajian ialah pelajar sekolah tingkatan empat. Objektif kajian
untuk mengenalpasti secara ilmiah permasalahan sebutan dalam kalangan pelajar Sabah dan
mengaplikasi kaedah fonetik Mahjub seterusnya melihat keberkesanan modul Mahjub
sebagai instrumen terbaik memperbaiki sebutan pelajar Sabah. Kajian kualitatif ini
menggunakan huruf-huruf Konsonan yang sukar bagi pelajar asing yang dibuat oleh
Mahjub (1993) yang menggunakan modul yang digunakan untuk memperbaiki sebutan
Arab pelajar asing. Kajian ini menggunakan tiga langkah yang utama, iaitu rakaman Ujian
Pertama (U1) sebagai sebutan bahasa Arab terkini pelajar Sabah, kemudian langkah kedua
melaksanakan PdP berdasarkan PdP Mahjub dan langkah yang ketiga membuat rakaman
Ujian Kedua (U2) untuk melihat keberhasilan teori Mahjub dalam memperbaiki sebutan
pelajar Sabah. Hasil Kajian menunjukkan nilai yang sangat signifikan antara U1 dan U2.
Dari sembilan huruf yang diuji itu konsonan ‘Ayn paling baik disebut oleh pelajar dan
huruf Dad paling sukar disebut dalam U1. Manakala dalam U2 huruf Ṭa’ paling sukar
disebut dan huruf Sad paling mudah disebut. Dalam U1 fathaṯ paling tinggi skor dengan 68.2 berbanding baris sukun yang mempunyai skor paling rendah dengan 33.3. Secara
puratanya dalam U1 pelajar atau responden hanya mendapat purata sekitar 55 skor min bagi
fathaṯ dan kasraṯ. Namun pada U2 peningkatan masing-masing Dammaṯ dan Kasraṯ
mendapat skor yang hampir sama iaitu 77.9 dan 76.9. Data menunjukkan bahawa sukun
paling bermasalah kepada responden dalam sebutan. Begitu juga terdapat perubahan yang
signifikan dalam ujian kedudukan kasraṯ, ḍammaṯ dan kasraṯ dari U1 kepada U2. Kajian
menunjukkan bahawa teori Mahjub ini berhasil memperbaiki masalah sebutan dalam
kalangan pelajar dan memberikan satu alternatif untuk diaplikasi dalam PdP pelajar dan
membuka ruang penulis lain untuk memanjangkan kajian di masa akan datang. |
|---|