Ekologi keluarga dan kesejahteraan hidup kanak-kanak miskin di Malaysia / Noralina Omar

Kualiti hidup kanak-kanak bergantung kepada persekitaran sosial keluarga mereka. Kajian ini mengkaji pengaruh ekologi keluarga terhadap kesejahteraan hidup kanak-kanak. Hubungan di antara ekologi keluarga dan kesejahteraan hidup kanak-kanak dalam kajian ini diteliti menerusi Teori Ekologi Manusia da...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Noralina , Omar
Format: Thesis
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/6701/
http://studentsrepo.um.edu.my/6701/4/noralina.pdf
Description
Summary:Kualiti hidup kanak-kanak bergantung kepada persekitaran sosial keluarga mereka. Kajian ini mengkaji pengaruh ekologi keluarga terhadap kesejahteraan hidup kanak-kanak. Hubungan di antara ekologi keluarga dan kesejahteraan hidup kanak-kanak dalam kajian ini diteliti menerusi Teori Ekologi Manusia dan Pendekatan Ekologi Keluarga. Kajian ini mengguna pakai perspektif ekologi yang beranggapan kanak-kanak perlu membesar dalam persekitaran keluarga yang mesra, menyokong dan penyayang. Kajian ini menggunakan metod campuran penerangan berurutan. Pemilihan sampel dalam kajian ini dilakukan melalui dua peringkat; iaitu teknik persampelan rawak mudah bagi memilih lokasi kajian dan teknik persampelan rawak sistematik bagi memilih sampel kajian. Sejumlah 200 keluarga yang terdiri dari 200 kanak-kanak berusia lingkungan 9 hingga 17 tahun dan 200 ibu/bapa. Sampel kajian mewakili 100 keluarga bandar dan 100 keluarga luar bandar. Hasil kajian menunjukkan yang kanak-kanak dalam kajian ini mempunyai tahap kesejahteraan hidup yang tinggi. Hasil kajian juga menunjukkan kesejahteraan hidup kanak-kanak signifikan dengan kualiti hubungan perkahwinan ibu bapa dan kualiti hubungan ibu bapa-anak. Kajian ini penting dilakukan kerana hasil penemuannya boleh dijadikan input, petunjuk dan panduan berguna dalam sebarang usaha untuk mengubahsuai Dasar Perlindungan Kanak-kanak Negara, serta usaha-usaha untuk merancang program intervensi sosial yang lebih berkesan bagi memastikan ekologi keluarga dapat diperkasakan dan kesejahteraan kanak-kanak terus terpelihara.