Kohesi dan koheren dalam karangan pelajar tingkatan enam / Kaaminy Kanapathy
ini menyelidik penggunaan kohesi dan koheren dalam karangan bahasa Tamil pelajar Tingkatan 6. Pendekatan penyelidikan yang digunakan ialah kaedah campuran iaitu kaedah kuantitatif dan kualitatif. Jumlah responden kajian ini ialah seramai 36 orang pelajar yang dipilih dengan menggunakan kaedah pem...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2011
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/6224/ http://studentsrepo.um.edu.my/6224/1/KAAMINY_KANAPATHY_TGC_080008_ANALISIS_KOHESI_DAN_KOHEREN_DALAM_KARANGAN_PELAJAR_TINGKATAN_ENAM.pdf |
| Summary: | ini menyelidik penggunaan kohesi dan koheren dalam karangan bahasa
Tamil pelajar Tingkatan 6. Pendekatan penyelidikan yang digunakan ialah kaedah
campuran iaitu kaedah kuantitatif dan kualitatif. Jumlah responden kajian ini ialah seramai
36 orang pelajar yang dipilih dengan menggunakan kaedah pemilihan bertujuan dari
sebuah pusat tuisyen yang menawarkan kelas tambahan bagi mata pelajaran bahasa Tamil
Tingkatan 6. Responden kajian ini terdiri daripada pelbagai faktor latar belakang yang
berbeza seperti jantina, umur, sekolah dan pencapaian gred bagi mata pelajaran bahasa
Tamil dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Responden dikehendaki menulis ujian
karangan jenis ekspositori berdasarkan format Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.
Kesemua karangan responden diperiksa mengikut sistem pemarkahan holistik yang
dihasilkan oleh pengkaji bagi menentukan karangan yang baik dan lemah. Kemudian,
karangan responden dianalisis untuk melihat pencapaian kohesi dan koheren. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa pencapaian Kohesi Nahuan mencatat jumlah penggunaan
yang lebih tinggi berbanding pencapaian Kohesi Leksikal. Seterusnya, dapatan kajian juga
menunjukkan penggunaan kohesi adalah lebih tinggi dalam karangan baik berbanding
dengan karangan lemah. Selain itu, penganalisisan kajian juga menunjukkan kewujudan
korelasi yang signifikan antara gred dan bilangan kohesi dalam karangan responden.
Karangan kategori baik didapati mengandungi ciri-ciri koheren yang baik serta kelemahan
koheren pada kadar yang rendah berbanding dengan karangan kategori lemah.
Kesimpulannya, penyelidikan selanjutnya mungkin perlu untuk mengkaji manfaat
pengajaran dan pembelajaran secara langsung kohesi dan koheren dalam wacana penulisan
karangan pelajar. |
|---|