Analisis ta‘rif dan tankir dari perspektif ilmu ma‘ani dalam surah Al-Ahzab / Ikbal Zahin Mohamed

Kajian ini membahaskan tentang aspek ta‘rif dan tankir menurut perspektif ilmu ma‘ani dalam ayat-ayat suci al-Qur’an al-Karim secara am dan menganalisis surah al- Ahzab secara spesifik. Kajian ini dijalankan menggunakan metodologi kualitatif yang bersifat analisis deskriptif berlandaskan kepada t...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Ikbal Zahin, Mohamed
Format: Thesis
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/6150/
http://studentsrepo.um.edu.my/6150/1/Tesis_PhD_Ikbal_Zahin_Mohamed_THA090013.pdf
_version_ 1848773085495296000
author Ikbal Zahin, Mohamed
author_facet Ikbal Zahin, Mohamed
author_sort Ikbal Zahin, Mohamed
building UM Research Repository
collection Online Access
description Kajian ini membahaskan tentang aspek ta‘rif dan tankir menurut perspektif ilmu ma‘ani dalam ayat-ayat suci al-Qur’an al-Karim secara am dan menganalisis surah al- Ahzab secara spesifik. Kajian ini dijalankan menggunakan metodologi kualitatif yang bersifat analisis deskriptif berlandaskan kepada teori nazm al-Jurjaniy dan disokong oleh teori ma‘ani Lasyin dan teori nahu ‘Abbas Hasan. Teori nazm dijadikan sebagai asas teori kerana ia memberikan tumpuan terhadap susun atur kata dalam ayat berasaskan ilmu nahu dengan mengambil kira kesannya terhadap makna. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengkaji makna yang tersurat dan tersirat di sebalik penggunaan aspek ta‘rif dan tankir dalam ayat al-Qur’an, khususnya surah al-Ahzab dengan mengambil kira perkaitan sesama perkataan dalam struktur ayat dan konteks ayat tersebut diujarkan serta mengenal pasti justifikasi dan panduan untuk memahami makna perkataan yang tampil secara ta‘rif dan tankir. Kajian ini mendapati bahawa terdapat banyak fungsi tankir dalam al-Qur’an dan konteks ayat memainkan peranan penting untuk menentukan maksud penggunaan aspek tankir. Antara fungsi tankir ialah membawa maksud tunggal, jenis, umum, kehebatan, sedikit, banyak, penghinaan, ugutan, jahil, kepalingan, pengkhususan, pujian, celaan, kesempurnaan, sengaja tidak menentukan individu yang diperkatakan, tunggal dan jenis, kehebatan dan jenis, banyak dan kehebatan, mempersendakan dan sedikit dan kadangkala tidak membawa sebarang maksud balaghah. Aspek ta‘rif juga mengetengahkan variasi fungsi yang bertunjangkan kepada dua kategori partikel al iaitu partikel al ketentuan dan al generik. Maksud aspek ta‘rif pula bergantung pada pemahaman penerima ujaran dan konteks ayat. Analisis ta‘rif dan tankir dalam surah al- Ahzab mendapati bahawa setiap aspek tankir mengetengahkan sama ada satu fungsi balaghah atau lebih. Dari aspek ta‘rif pula, penggunaan aspek ta‘rif ketentuan mengatasi ta‘rif generik. Hal ini bergantung kepada pemahaman dan interpretasi penerima ujaran serta konteks ayat yang sebelum dan selepas ujaran berkenaan.
first_indexed 2025-11-14T13:36:48Z
format Thesis
id um-6150
institution University Malaya
institution_category Local University
last_indexed 2025-11-14T13:36:48Z
publishDate 2015
recordtype eprints
repository_type Digital Repository
spelling um-61502016-03-03T07:16:20Z Analisis ta‘rif dan tankir dari perspektif ilmu ma‘ani dalam surah Al-Ahzab / Ikbal Zahin Mohamed Ikbal Zahin, Mohamed BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc Kajian ini membahaskan tentang aspek ta‘rif dan tankir menurut perspektif ilmu ma‘ani dalam ayat-ayat suci al-Qur’an al-Karim secara am dan menganalisis surah al- Ahzab secara spesifik. Kajian ini dijalankan menggunakan metodologi kualitatif yang bersifat analisis deskriptif berlandaskan kepada teori nazm al-Jurjaniy dan disokong oleh teori ma‘ani Lasyin dan teori nahu ‘Abbas Hasan. Teori nazm dijadikan sebagai asas teori kerana ia memberikan tumpuan terhadap susun atur kata dalam ayat berasaskan ilmu nahu dengan mengambil kira kesannya terhadap makna. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengkaji makna yang tersurat dan tersirat di sebalik penggunaan aspek ta‘rif dan tankir dalam ayat al-Qur’an, khususnya surah al-Ahzab dengan mengambil kira perkaitan sesama perkataan dalam struktur ayat dan konteks ayat tersebut diujarkan serta mengenal pasti justifikasi dan panduan untuk memahami makna perkataan yang tampil secara ta‘rif dan tankir. Kajian ini mendapati bahawa terdapat banyak fungsi tankir dalam al-Qur’an dan konteks ayat memainkan peranan penting untuk menentukan maksud penggunaan aspek tankir. Antara fungsi tankir ialah membawa maksud tunggal, jenis, umum, kehebatan, sedikit, banyak, penghinaan, ugutan, jahil, kepalingan, pengkhususan, pujian, celaan, kesempurnaan, sengaja tidak menentukan individu yang diperkatakan, tunggal dan jenis, kehebatan dan jenis, banyak dan kehebatan, mempersendakan dan sedikit dan kadangkala tidak membawa sebarang maksud balaghah. Aspek ta‘rif juga mengetengahkan variasi fungsi yang bertunjangkan kepada dua kategori partikel al iaitu partikel al ketentuan dan al generik. Maksud aspek ta‘rif pula bergantung pada pemahaman penerima ujaran dan konteks ayat. Analisis ta‘rif dan tankir dalam surah al- Ahzab mendapati bahawa setiap aspek tankir mengetengahkan sama ada satu fungsi balaghah atau lebih. Dari aspek ta‘rif pula, penggunaan aspek ta‘rif ketentuan mengatasi ta‘rif generik. Hal ini bergantung kepada pemahaman dan interpretasi penerima ujaran serta konteks ayat yang sebelum dan selepas ujaran berkenaan. 2015 Thesis NonPeerReviewed application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/6150/1/Tesis_PhD_Ikbal_Zahin_Mohamed_THA090013.pdf Ikbal Zahin, Mohamed (2015) Analisis ta‘rif dan tankir dari perspektif ilmu ma‘ani dalam surah Al-Ahzab / Ikbal Zahin Mohamed. PhD thesis, University of Malaya. http://studentsrepo.um.edu.my/6150/
spellingShingle BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Ikbal Zahin, Mohamed
Analisis ta‘rif dan tankir dari perspektif ilmu ma‘ani dalam surah Al-Ahzab / Ikbal Zahin Mohamed
title Analisis ta‘rif dan tankir dari perspektif ilmu ma‘ani dalam surah Al-Ahzab / Ikbal Zahin Mohamed
title_full Analisis ta‘rif dan tankir dari perspektif ilmu ma‘ani dalam surah Al-Ahzab / Ikbal Zahin Mohamed
title_fullStr Analisis ta‘rif dan tankir dari perspektif ilmu ma‘ani dalam surah Al-Ahzab / Ikbal Zahin Mohamed
title_full_unstemmed Analisis ta‘rif dan tankir dari perspektif ilmu ma‘ani dalam surah Al-Ahzab / Ikbal Zahin Mohamed
title_short Analisis ta‘rif dan tankir dari perspektif ilmu ma‘ani dalam surah Al-Ahzab / Ikbal Zahin Mohamed
title_sort analisis ta‘rif dan tankir dari perspektif ilmu ma‘ani dalam surah al-ahzab / ikbal zahin mohamed
topic BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
url http://studentsrepo.um.edu.my/6150/
http://studentsrepo.um.edu.my/6150/1/Tesis_PhD_Ikbal_Zahin_Mohamed_THA090013.pdf