Pengambilkiraan faktor perubahan sosial dalam fiqh semasa: Analisis terhadap isu-isu fiqh wanita / Siti Fatimah Salleh

Kedudukan kandungan syariat Islam yang mengandungi hukum dalam bentuk pengekalan dan perubahan telah mengambil kira faktor perubahan sosial yang melibatkan masa dan tempat bermula pada zaman Rasulullah SAW sehingga imam mujtahid. Jaringan penelitian ini diteruskan oleh mujtahid kontemporari dalam me...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Siti Fatimah, Salleh
Format: Thesis
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/6148/
http://studentsrepo.um.edu.my/6148/1/PENGAMBILKIRAAN_FAKTOR_PERUBAHAN_SOSIAL_DALAM_FIQH_SEMASA_ANALISIS_TERHADAP_ISU%2DISU_FIQH_WANITA_S.pdf
_version_ 1848773085231054848
author Siti Fatimah, Salleh
author_facet Siti Fatimah, Salleh
author_sort Siti Fatimah, Salleh
building UM Research Repository
collection Online Access
description Kedudukan kandungan syariat Islam yang mengandungi hukum dalam bentuk pengekalan dan perubahan telah mengambil kira faktor perubahan sosial yang melibatkan masa dan tempat bermula pada zaman Rasulullah SAW sehingga imam mujtahid. Jaringan penelitian ini diteruskan oleh mujtahid kontemporari dalam membina hukum yang bersifat holistik. Dalam menganalisis sesuatu hukum fiqh semasa, pengambilkiraan faktor perubahan sosial perlu diraikan agar sesuatu hukum menepati syariat dan bersifat anjal dalam masyarakat berasaskan piawaian metodologi ijtihad yang dianjurkan oleh mujtahid kontemporari. Kajian ini bermatlamat untuk menganalisis implikasi faktor perubahan sosial terhadap isu-isu semasa fiqh wanita dan kaitannya dengan kelestarian atau transformasi hukum. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kualitatif. Data-data dalam kajian ini diperolehi melalui kajian perpustakaan dan lapangan. Kajian perpustakaan digunakan dengan merujuk karya-karya yang didokumentasikan melalui media cetak mahupun elektronik. Manakala metode lapangan ialah dengan menemubual pihak yang bertanggungjawab dalam bidang berkaitan. Bagi menganalisis semua data yang telah dikumpul, kaedah perbandingan antara mazhab, kaedah analisis kandungan dan analisis hukum diadaptasi dalam kajian ini. Penemuan ini membuktikan berlaku kelestarian hukum, transformasi hukum, penentuan hukum baharu dan inovasi hukum ekoran perubahan sosial yang berlaku. Antara isu fiqh wanita yang corak pelaksanaan hukumnya lestari adalah seperti isu perbelanjaan gaji isteri berkerjaya oleh suami serta hak nafkah isteri. Manakala isu fiqh wanita yang berlaku transformasi hukum antaranya seperti isu penentuan kadar zakat emas perhiasan wanita. Selain itu, isu pengambilan suntikan hormon sintetik dalam penyusuan dinilai hukumnya sebagai hukum baharu dan isu yang dikategorikan sebagai inovasi pada hukumnya iaitu isu pengambilan ibu susuan. Penemuan ini juga telah membuktikan dengan jelas bahawa faktor perubahan sosial yang melibatkan kehidupan sosial masyarakat mempunyai peranan yang memberi implikasi serta iii pengaruh terhadap penentuan hukum fiqh wanita semasa. Hasil kajian ini menjadi perintis dalam usaha memartabatkan hak dan maruah wanita selaras dengan gagasan yang diperjuangkan oleh baginda SAW dalam usahanya menangkis nilai kebejatan yang diamalkan oleh masyarakat jahiliyah.
first_indexed 2025-11-14T13:36:48Z
format Thesis
id um-6148
institution University Malaya
institution_category Local University
last_indexed 2025-11-14T13:36:48Z
publishDate 2015
recordtype eprints
repository_type Digital Repository
spelling um-61482016-03-03T07:15:38Z Pengambilkiraan faktor perubahan sosial dalam fiqh semasa: Analisis terhadap isu-isu fiqh wanita / Siti Fatimah Salleh Siti Fatimah, Salleh HQ The family. Marriage. Woman Kedudukan kandungan syariat Islam yang mengandungi hukum dalam bentuk pengekalan dan perubahan telah mengambil kira faktor perubahan sosial yang melibatkan masa dan tempat bermula pada zaman Rasulullah SAW sehingga imam mujtahid. Jaringan penelitian ini diteruskan oleh mujtahid kontemporari dalam membina hukum yang bersifat holistik. Dalam menganalisis sesuatu hukum fiqh semasa, pengambilkiraan faktor perubahan sosial perlu diraikan agar sesuatu hukum menepati syariat dan bersifat anjal dalam masyarakat berasaskan piawaian metodologi ijtihad yang dianjurkan oleh mujtahid kontemporari. Kajian ini bermatlamat untuk menganalisis implikasi faktor perubahan sosial terhadap isu-isu semasa fiqh wanita dan kaitannya dengan kelestarian atau transformasi hukum. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kualitatif. Data-data dalam kajian ini diperolehi melalui kajian perpustakaan dan lapangan. Kajian perpustakaan digunakan dengan merujuk karya-karya yang didokumentasikan melalui media cetak mahupun elektronik. Manakala metode lapangan ialah dengan menemubual pihak yang bertanggungjawab dalam bidang berkaitan. Bagi menganalisis semua data yang telah dikumpul, kaedah perbandingan antara mazhab, kaedah analisis kandungan dan analisis hukum diadaptasi dalam kajian ini. Penemuan ini membuktikan berlaku kelestarian hukum, transformasi hukum, penentuan hukum baharu dan inovasi hukum ekoran perubahan sosial yang berlaku. Antara isu fiqh wanita yang corak pelaksanaan hukumnya lestari adalah seperti isu perbelanjaan gaji isteri berkerjaya oleh suami serta hak nafkah isteri. Manakala isu fiqh wanita yang berlaku transformasi hukum antaranya seperti isu penentuan kadar zakat emas perhiasan wanita. Selain itu, isu pengambilan suntikan hormon sintetik dalam penyusuan dinilai hukumnya sebagai hukum baharu dan isu yang dikategorikan sebagai inovasi pada hukumnya iaitu isu pengambilan ibu susuan. Penemuan ini juga telah membuktikan dengan jelas bahawa faktor perubahan sosial yang melibatkan kehidupan sosial masyarakat mempunyai peranan yang memberi implikasi serta iii pengaruh terhadap penentuan hukum fiqh wanita semasa. Hasil kajian ini menjadi perintis dalam usaha memartabatkan hak dan maruah wanita selaras dengan gagasan yang diperjuangkan oleh baginda SAW dalam usahanya menangkis nilai kebejatan yang diamalkan oleh masyarakat jahiliyah. 2015 Thesis NonPeerReviewed application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/6148/1/PENGAMBILKIRAAN_FAKTOR_PERUBAHAN_SOSIAL_DALAM_FIQH_SEMASA_ANALISIS_TERHADAP_ISU%2DISU_FIQH_WANITA_S.pdf Siti Fatimah, Salleh (2015) Pengambilkiraan faktor perubahan sosial dalam fiqh semasa: Analisis terhadap isu-isu fiqh wanita / Siti Fatimah Salleh. PhD thesis, University of Malaya. http://studentsrepo.um.edu.my/6148/
spellingShingle HQ The family. Marriage. Woman
Siti Fatimah, Salleh
Pengambilkiraan faktor perubahan sosial dalam fiqh semasa: Analisis terhadap isu-isu fiqh wanita / Siti Fatimah Salleh
title Pengambilkiraan faktor perubahan sosial dalam fiqh semasa: Analisis terhadap isu-isu fiqh wanita / Siti Fatimah Salleh
title_full Pengambilkiraan faktor perubahan sosial dalam fiqh semasa: Analisis terhadap isu-isu fiqh wanita / Siti Fatimah Salleh
title_fullStr Pengambilkiraan faktor perubahan sosial dalam fiqh semasa: Analisis terhadap isu-isu fiqh wanita / Siti Fatimah Salleh
title_full_unstemmed Pengambilkiraan faktor perubahan sosial dalam fiqh semasa: Analisis terhadap isu-isu fiqh wanita / Siti Fatimah Salleh
title_short Pengambilkiraan faktor perubahan sosial dalam fiqh semasa: Analisis terhadap isu-isu fiqh wanita / Siti Fatimah Salleh
title_sort pengambilkiraan faktor perubahan sosial dalam fiqh semasa: analisis terhadap isu-isu fiqh wanita / siti fatimah salleh
topic HQ The family. Marriage. Woman
url http://studentsrepo.um.edu.my/6148/
http://studentsrepo.um.edu.my/6148/1/PENGAMBILKIRAAN_FAKTOR_PERUBAHAN_SOSIAL_DALAM_FIQH_SEMASA_ANALISIS_TERHADAP_ISU%2DISU_FIQH_WANITA_S.pdf