Analisis sintaksis penggunaan partikel ma dalam Surah At-Taubah / Mashitah binti Nordin
Bahasa Arab merupakan bahasa al-Quran al-Karim dan merupakan satu-satunya bahasa yang mampu untuk sampai kepada ketajaman fikiran. Ilmu bahasa Arab ini adalah merupakan satu kesenian yang mana kita dapat mengetahui keadaan perkataan-perkataan bahasa Arab itu sama ada berbentuk tunggal atau pun tersu...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2015
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/6019/ http://studentsrepo.um.edu.my/6019/1/MASHITAH_BINTI_NORDIN_(TGA090003).pdf |
| Summary: | Bahasa Arab merupakan bahasa al-Quran al-Karim dan merupakan satu-satunya bahasa yang mampu untuk sampai kepada ketajaman fikiran. Ilmu bahasa Arab ini adalah merupakan satu kesenian yang mana kita dapat mengetahui keadaan perkataan-perkataan bahasa Arab itu sama ada berbentuk tunggal atau pun tersusun. Manakala ilmu nahu pula merupakan ilmu yang membolehkan kita mengetahui keadaan akhir perkataan itu sama ada berubah atau tetap dan juga mengetahui apa-apa yang berkaitan dengan sistem tatabahasa bahasa Arab. Dalam kajian disertasi ini, penulis memilih satu daripada tajuk dalam tatabahasa Arab iaitu penggunaan mā dalam surah at-Taubah. Penulis menghuraikan kategori pembahagian mā dalam Bahasa Arab iaitu mā harfiyyatt dan mā ismiyyatt. Kemudian penulis menghuraikan pula jenis-jenis mā dalam bahasa Arab mengikut kategori mā tersebut iaitu harfiyyatt dan ismiyyatt. Penulis telah menggunakan beberapa kitab nahu dan tafsir untuk dijadikan rujukan. Pendapat ulama-ulama juga diambil kira dalam menentukan sampel ayat agar objektif kajian ini tercapai. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan mā banyak terdapat dalam surah at-Taubah. Antara mā yang kerap digunakan dalam surah ini ialah mā al-mawsūlatt, mā al-nāfiyatt dan mā al-zā‟idatt. Walau bagaimanapun, dapatan kajian juga menunjukkan terdapat dua jenis mā yang tidak terkandung dalam surah at-Taubah iaitu mā al-ta„ajjubiyyatt dan mā nakiratt al-tammatt. |
|---|