Strategi pembelajaran Bahasa Jepun dalam kalangan pelajar UITM / Norazmi bin Hasan

Bahasa Jepun merupakan salah satu bahasa yang tidak asing dan di antara bahasa pilihan elektif wajib di UiTM. Ia telah diperkenalkan di universiti sejak tahun 70an. Ia juga telah menjadi salah satu keperluan universiti kepada pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda Am/Kepujian mulai Jun 1999. Walau b...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Hasan, Norazmi
Format: Thesis
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/6003/
http://studentsrepo.um.edu.my/6003/2/cover%2C_perakuan%2Cabstract.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/6003/3/ISI_KANDUNGAN_Tesis.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/6003/1/Bab1%2D5.pdf
Description
Summary:Bahasa Jepun merupakan salah satu bahasa yang tidak asing dan di antara bahasa pilihan elektif wajib di UiTM. Ia telah diperkenalkan di universiti sejak tahun 70an. Ia juga telah menjadi salah satu keperluan universiti kepada pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda Am/Kepujian mulai Jun 1999. Walau bagaimanapun, majoriti pelajar gagal menguasai bahasa ini dengan baik setelah tamat kursus. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui strategi pembelajaran Bahasa Jepun dalam kalangan pelajar UiTM. Untuk menguasai satu bahasa itu, pemerolehan, penyimpanan, memori dan penggunaan maklumat itu sangat penting. Ianya berkait rapat dengan penggunaan strategi pembelajaran seseorang agar pembelajaran lebih mudah, cepat, efektif dan boleh diaplikasikan kepada sesuatu keadaan yang baharu. Skop kajian ialah pelajar-pelajar yang mengambil kursus elektif wajib Bahasa Jepun tahap III dimana mereka telah mempelajari bahasa ini selama dua semester. Metod yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Borang soal selidik sebagai instrumen pengumpulan data ke atas 100 orang pelajar. Soal selidik dalam kajian ini diadaptasi dari “Strategi Inventory for Language Learning” (Oxford, 1990) dan olahan soal selidik dalam kajian Habibah (2010) yang bertajuk “Strategi Pembelajaran dan kaitannya dengan Pencapaian dan Motivasi Pelajar Bahasa Jepun”. Fokus kajian ini ialah untuk mengenalpasti strategi pembelajaran Bahasa Jepun, jenis strategi yang dipilih, mengenal pasti perbezaan penggunaan strategi pembelajaran yang digunakan oleh pelajar dalam jurusan yang berbeza dan faktor-faktor yang mempengaruhi strategi pembelajaran. Perisian SPSS digunakan untuk menganalisa data yang diperolehi dan seterusnya dihuraikan secara terperinci.