Ketidakhadiran pekerja di SME Corporation Malaysia, Kuala Lumpur / Noraizah Mohamed @ Hashim

Kejayaan pengurusan sesuatu organisasi memerlukan pelbagai faktor untuk menjayakannya. Pelbagai pihak perlu telus dan jujur dalam menjalankan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan bagi memastikan bahawa organisasi dapat mencapai objektif ataupun misi tersendiri. Faktor utama yang amat penting...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohamed @ Hashim, Noraizah
Format: Thesis
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5982/
http://studentsrepo.um.edu.my/5982/2/Cover.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5982/1/USM_13049%2D_MASTER_KERTAS_KAJIAN.pdf
Description
Summary:Kejayaan pengurusan sesuatu organisasi memerlukan pelbagai faktor untuk menjayakannya. Pelbagai pihak perlu telus dan jujur dalam menjalankan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan bagi memastikan bahawa organisasi dapat mencapai objektif ataupun misi tersendiri. Faktor utama yang amat penting dalam memastikan bahawa kejayaan sesuatu organisasi itu adalah faktor pekerja itu sendiri. Ketidakhadiran pekerja yang semakin ketara sejak beberapa tahun yang lepas amat merisaukan pihak majikan. Satu kajian perlu dilakukan bagi memulih serta memotivasikan semula semangat pekerja untuk datang bekerja serta melaksanakan tanggungjawab mereka sebaik mungkin terhadap majikan. Punca dan jalan penyelesaian perlu dicari dan diteliti agar masalah ini dapat diminimumkan serta prestasi pekerja dapat dioptimumkan. Objektif kajian utama adalah bagi mengenalpasti faktor-faktor penyumbang kepada kadar ketidakhadiran pekerja, kesan isu tersebut kepada pekerja-pekerja lain di SME Corporation Malaysia dan langkah-langkah penyelesaian yang boleh diambil untuk mengatasi isu tersebut. Maklumat juga diperolehi daripada kaedah temubual dan maklumat yang didapati dari borang kaji selidik yang telah diedarkan kepada responden-responden dalam organisasi. Selain itu, data sekunder dalam bentuk rekod SME Corporation Malaysia daripada Unit Sumber Manusia dengan rekod ketidakhadiran iaitu cuti kecemasan dan cuti sakit. Berdasarkan kajian yang dijalankan, kadar ketidakhadiran pekerja di SME Corporation Malaysia untuk masa lampau tiga tahun iaitu tahun 2012, 2013 dan 2014 menunjukkan satu aliran yang meningkat. Antara faktor-faktor menyumbang kepada ketidakhadiran adalah faktor-faktor seperti demografi, kepuasan kerja, ganjaran, persekitaran tempat kerja, hubungan dengan rakan sekerja dan kesihatan. Antara cadangan yang boleh dikemukakan kepada pihak organisasi agar mengambil inisiatif supaya permasalahan ketidakhadiran ini tidak semakin meruncing pada masa hadapan iaitu kekerapan menghantar kakitangan menghadiri seminar atau latihan, peluang kenaikan pangkat, pemberian anugerah bukan kewangan dan sesi kaunseling.