Hubungan antara kecerdasan emosi dengan gaya asuhan ibu bapa dalam kalangan remaja sekolah / Hamidah binti Sulaiman

Kajian ini bertujuan untuk meneliti hubungan antara kecerdasan emosi dan gaya asuhan ibu bapa dalam kalangan remaja sekolah, di samping meninjau sama ada terdapat perbezaan dalam tahap kecerdasan emosi berdasarkan faktor demografi iaitu jantina dan lokasi sekolah. Kajian ini juga bertujuan untuk me...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Sulaiman, Hamidah
Format: Thesis
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5569/
http://studentsrepo.um.edu.my/5569/1/HAMIDAH_SULAIMAN_(PHA04006).pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meneliti hubungan antara kecerdasan emosi dan gaya asuhan ibu bapa dalam kalangan remaja sekolah, di samping meninjau sama ada terdapat perbezaan dalam tahap kecerdasan emosi berdasarkan faktor demografi iaitu jantina dan lokasi sekolah. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat hubungan antara kesan gaya asuhan ibu bapa dan kemahiran intrapersonal dan kemahiran interpersonal remaja. Tujuan yang terakhir ialah untuk meninjau apakah kemahiran intrapersonal dan interpersonal yang menjadi peramal kepada kecerdasan emosi remaja mengikut gaya asuhan autoritatif, autoritarian dan permisif. Pemilihan sampel kajian menggunakan kaedah persampelan rawak berkelompok pelbagai peringkat.Seramai 998 orang pelajar tingkatan empat yang bersekolah di lapan buah sekolah menengah kebangsaan harian telah terlibat dalam kajian ini.Empat instrumen digunakan dalam kajian ini iaitu: Soal Selidik Kecerdasan Emosi (Shutte, 1998) untuk mengukur tahap kecerdasan emosi; Soal selidik Gaya Asuhan ibu bapa Baumrind (1967), untuk mengukur gaya asuhan ibu bapa; Soal selidik Intrapersonal dan Interpersonal (Tapia, 2001) bagi mengukur kemahiran kawalan kendiri, kemahiran berkomunikasi, kemahiran membuat penyesuaian dan kemahiran tanggungjawab sosial; dan Soal Selidik Penghargaan Kendiri Rosenberg (1979) untuk mengukur kemahiran penghargaan kendiri remaja. Setiap hipotesis bagi kajian ini diuji kebenarannya pada aras signifikan p < .05.Hasil kajian menunjukkan tahap kecerdasan emosi remaja sekolah dalam semua dimensi berada pada tahap tinggi. Di samping itu tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kecerdasan emosi dari segi jantina dan lokasi sekolah. Analisis Korelasi Pearson menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan antara kesan gaya asuhan ibu bapa terhadap kemahiran intrapersonal dan interpersonal remaja. Analisis regresi berganda pula menunjukkan pemboleh ubah intrapersonal dan interpersonal yang menjadi peramal kepada kecerdasan emosi adalah berbeza berbeza mengikut gaya asuhan ibu bapa. Maklumat yang diperoleh dari kajian ini boleh digunakan oleh pihak Kementerian Pendidikan, pihak pentadbir sekolah, Guru Bimbingan dan Kaunseling dan ibu bapa dalam merealisasikan hasrat melahirkan modal insan berkualiti dalam kalangan remaja sekolah di Malaysia. Maklumat ini juga boleh membantu pengkaji yang membuat kajian dalam bidang kecerdasan emosi dan hubungannya dengan gaya asuhan ibu bapa dalam kalangan remaja sekolah.