Penggunaan Maf‘U:L Bih dalam kalangan pelajar Melayu / Mohd Shupian bin Majid
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengumpul fakta sejauh mana penguasaan maf‘u:l bih dalam kalangan pelajar Melayu, mengesan punca dan bentuk kesukaran yang sering dihadapi oleh responden semasa mempelajarinya serta mencadangkan pendekatan (kaedah dan teknik) pengajaran yang sesuai. Kajian han...
| Summary: | Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengumpul fakta sejauh mana penguasaan maf‘u:l bih
dalam kalangan pelajar Melayu, mengesan punca dan bentuk kesukaran yang sering dihadapi
oleh responden semasa mempelajarinya serta mencadangkan pendekatan (kaedah dan teknik)
pengajaran yang sesuai. Kajian hanya melibatkan 80 orang responden di Kolej Islam Pahang
Sultan Ahmad Shah yang mengikuti pembelajaran nahu Bahasa Arab berkaitan tajuk kajian
yang dipilih secara rawak. Dalam menjalankan kajian ini, penulis akan menggunakan
beberapa metode seperti pengumpulan data daripada teks Arab melalui kajian perpustakaan
dan kajian lapangan yang melibatkan soal selidik berkaitan latar belakang responden dan
berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran BA. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan
dengan melakukan pendekatan soal selidik. Data-data yang dikumpulkan pula dianalisis
berdasarkan kepada pendekatan kuantitatif. Ujian bertulis turut dijalankan untuk menilai dan
mengukur tahap penguasaan responden dalam menggunakan maf‘u:l bih BA dalam penulisan
mereka. Berdasarkan kepada data-data yang diperolehi dan dianalisis, pengkaji membuat
kesimpulan bahawa responden-responden masih lagi di tahap yang lemah dalam aspek yang
dikaji. Ia disebabkan kurangnya perbendaharaan kata Arab yang dikuasai oleh responden,
keliru dengan peraturan bahasa yang dipelajari, sikap responden terhadap pembelajaran yang
kurang memberangsangkan dan ditambah pula dengan faktor pengajaran guru yang kurang
berkesan. Wa Alla:h A‘lam. |
|---|