Metodologi penulisan hadith hukum: Kajian perbandingan antara kitab almuntaqa dengan bulugh al-maram / Siti Sarah Ibrahim
Imam Majd al-Din ‘Abd al-Salam Ibn Taymiyyah dan Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani merupakan dua orang tokoh hadith yang terkenal di dalam ilmu hadith hukum (Hadith Ahkam). Ilmu tersebut adalah sebahagian daripada pengajian hadith yang membincangkan mengenai hukum-hukum yang terdapat di dalam hadith....
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2011
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/5359/ http://studentsrepo.um.edu.my/5359/3/KAJIAN_PERBANDINGAN_ANTARA_KITAB_ALMUNTAQA_DENGAN_BULUGH_ALMARAM.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5359/2/PDFOnline_(1).pdf |
| Summary: | Imam Majd al-Din ‘Abd al-Salam Ibn Taymiyyah dan Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani
merupakan dua orang tokoh hadith yang terkenal di dalam ilmu hadith hukum (Hadith
Ahkam). Ilmu tersebut adalah sebahagian daripada pengajian hadith yang
membincangkan mengenai hukum-hukum yang terdapat di dalam hadith.
Walaubagaimanapun, tiada kajian yang membincangkan ilmu tersebut secara khusus.
Berdasarkan keperluan ini, kajian ini dijalankan untuk menganalisis personaliti dan
sumbangan Imam Majd al-Din ‘Abd al-Salam Ibn Taymiyyah dan Imam Ibn Hajar al-
‘Asqalani dalam bidang hadith hukum (Hadith Ahkam) melalui metodologi penulisan
kedua-dua tokoh tersebut di dalam kitab al-Muntaqa Min Akhbar al-Mustafa Solla
Allah ‘Alayh Wasallam dan kitab Bulugh al-Maram Min Adillah al-Ahkam. Kajian ini
juga bertujuan untuk memperkenalkan biografi Imam Majd al-Din ‘Abd al-Salam Ibn
Taymiyyah dan Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani bagi menyingkap sejarah kemunculan dan
perkembangan ilmu hadith hukum (Hadith Ahkam). Seterusnya penulis membuat
perbandingan di antara kedua-dua kitab tersebut. Perbandingan ini meliputi
keistimewaan, kelemahan, persamaan, perbezaan dan metodologi atau kaedah penulisan
yang digunakan di dalam kedua-dua kitab yang masyhur ini. Dalam kajian ini, penulis
menggunakan kaedah penyelidikan perpustakaan (Library Research) sepenuhnya. Hasil
kajian ini menunjukkan kedua-dua kitab tersebut adalah sumbangan yang tinggi nilainya
di dalam ilmu hadith hukum (Hadith Ahkam). Ia membuktikan kaedah penulisan Imam
Majd al-Din ‘Abd al-Salam Ibn Taymiyyah dan Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani adalah
penulisan yang lebih sistematik, tersusun, terkini dan lebih menepati sebagai rujukan
yang lengkap untuk koleksi-koleksi hadith hukum (Hadith Ahkam). Di dalam kedua-dua
kitab tersebut terdapat himpunan hadith-hadith hukum (Hadith Ahkam). Hadith-hadith
tersebut telah dirujuk daripada kitab-kitab yang berautoriti seperti kitab Sohih Bukhari,
Sohih Muslim, Musnad Imam Ahmad bin Hanbal, Jami’ Abi Isa al-Tarmidhi, Sunan al-
Nasa’i, Sunan Abi Dawud dan Sunan Ibn Majah. |
|---|