Kelas Khas Kemahiran al-Qur'an (KKQ) : kajian kaedah pelaksanaan dan keberkesanannya di sekolah-sekolah menengah (SMK) di daerah Gombak, Selangor / Eadil bin Mat
EADIL BIN MAT (IGB 040036) : KELAS KHAS KEMAHIRAN AL-QUR’AN (KKQ). KAJIAN KAEDAH PELAKSANAAN DAN KEBERKESANAANNYA DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) DI DAERAH GOMBAK, SELANGOR Kajian ini bertujuan untuk melihat kaedah pelaksanaan Kelas Khas Kemahiran al-Qur’an yang diamalkan di sekolah...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2010
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/5331/ http://studentsrepo.um.edu.my/5331/1/semua_pdf.pdf |
| Summary: | EADIL BIN MAT (IGB 040036) : KELAS KHAS KEMAHIRAN AL-QUR’AN
(KKQ). KAJIAN KAEDAH PELAKSANAAN DAN KEBERKESANAANNYA DI
SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) DI DAERAH
GOMBAK, SELANGOR
Kajian ini bertujuan untuk melihat kaedah pelaksanaan Kelas Khas Kemahiran al-Qur’an yang diamalkan di sekolah serta keberkesanaannya. Kajian ini telah dijalankan ditiga buah
sekolah menengah kebangsaan di Zon Gombak Barat, daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan. Seramai 70 orang pelajar tingkatan dua dan tiga orang guru yang mengajar kelas
KKQ terlibat dalam kajian ini. Apakah faktor latar belakang pelajar, guru yang mengajar, kesungguhan pihak berkaitan serta permasalahan yang timbul memberi kesan kepada
pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Alat ukuran yang digunakan ialah soal selidik, ujian pencapaian dan temubual. Data-data dianalisis melalui program analisis data Program Sistem Statistik Pukal Sains Sosial (Statistical Package For The Social Sciences / SPSS), yang menggunakan statistik diskriptif dan infrensi seperti frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menemukan bahawa pelaksanaan kelas KKQ di sekolah
bermula dengan inisiatif dari pentadbir sekolah, guru dan pelajar sememangnya meminati subjek al-Qur’an, permasalahan yang timbul boleh diatasi dan ini tidak memberi kesan
negatif kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hasil kajian ini perlu diambil berat oleh pihak berkaitan agar kelas ini dapat berjalan dengan lebih baik, lebih menarik minat pelajar dan ibu bapa serta dapat melahirkan insan yang kamil selari dengan Falsafah Pendidikan Negara. |
|---|