Uslub metafora dalam al-Qur'an : kajian terhadap Surah al-Kahfi / Siti Sarah binti Izham

Kajian ini merupakan kajian yang memenuhi madrasah balaghah al-Qur’an iaitu dengan memberi fokus kepada perbahasan mengenai metafora dalam surah al-Kahfi. Kajian ini dijalankan bagi mencapai beberapa objektif iaitu menjelaskan berkaitan metafora menurut bahasa dan ahli sarjana, mengemukakan elemen-...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Izham, Siti Sarah
Format: Thesis
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5329/
http://studentsrepo.um.edu.my/5329/1/SITI_SARAH_BINTI_IZHAM_(IGB10043).pdf
Description
Summary:Kajian ini merupakan kajian yang memenuhi madrasah balaghah al-Qur’an iaitu dengan memberi fokus kepada perbahasan mengenai metafora dalam surah al-Kahfi. Kajian ini dijalankan bagi mencapai beberapa objektif iaitu menjelaskan berkaitan metafora menurut bahasa dan ahli sarjana, mengemukakan elemen-elemen menurut Balaghah Arab yang membentuk metafora dalam al-Qur’an, mengidentifikasikan metafora yang wujud pada setiap penceritaan kisah dalam surah al-Kahfi, mengklasifikasikan ayat-ayat metafora dalam surah al-Kahfi dan seterusnya menganalisis bentuk-bentuk metafora padanya. Dalam usaha mencapai objektif tersebut, kajian ini telah menggunakan metode kualitatif meliputi kajian perpustakaan dan dokumentasi serta sumber-sumber yang berautoriti bagi menerbitkan kefahaman metafora dalam al-Qur’an khususnya surah al-Kahfi. Data-data tersebut dianalisis secara kritikal dengan menggunakan metode induktif dan deduktif. Hasilnya, kajian ini menemukan dua perkara besar iaitu metafora merujuk al-Qur’an dan metafora yang terdapat dalam surah al-Kahfi. Metafora merujuk al- Qur’an adalah tasybih muakkad, tasybih baligh dan isti’arah. Manakala metafora dalam surah al-Kahfi terbahagia kepada dua iaitu metafora yang terdapat pada kisahkisah dan metafora yang terdapat pada struktur ayat surah al-Kahfi. Pada kisah-kisah di dalamnya, ditemui tujuh kisah besar dan penyebutan kisah tersebut mengandungi unsur metafora. Manakala pada struktur ayat pula ditemui terdapat enam belas ayat yang menggunakan metafora.