_version_ 1848772852960985088
author Yahaya, Zainal Abidin
author_facet Yahaya, Zainal Abidin
author_sort Yahaya, Zainal Abidin
building UM Research Repository
collection Online Access
description Amalan pengambilan makanan segera telah menjadi budaya di kalangan masyarakat Malaysia. Kini masyarakat telah mula menyedari kepentingan memilih makanan yang halal lagi baik (halalan tayyiban) dan implikasinya terhadap kehidupan duniawi dan ukhrawi. Antara isu-isu yang sering dibincangkan ialah tentang status halal produk makanan segera dari sudut bahan yang digunakan, sistem penternakan, pembiakan dan pemprosesan. Justeru, kajian ini dilakukan oleh penulis untuk mengkaji hukum pengambilan makanan segera. Ini adalah bertujuan untuk menjawab isu-isu yang dibangkitkan dengan menjadikan Kentucky Fried Chicken (KFC) sebagai medan kajian lapangan. Metodologi penyelidikan yang digunakan di dalam kajian ini adalah berteraskan kajian perpustakaan, observasi serta temubual bersama responden di kalangan para ulama pelbagai aliran, pakar pemakanan, pensyarah dan pegawai perubatan. Penulis mengistinbatkan hukum berdasarkan nas-nas dari al-Quran dan al-Sunnah serta penelitian terhadap kitab-kitab turath, kitab-kitab furu’ dan sekunder, jurnal-jurnal, artikel-artikel, majalah-majalah, bahan-bahan dan maklumat dari internet serta temubual yang diperolehi. Kajian ini diharap akan menyumbang kepada beberapa penyelesaian berkaitan dengan kefahaman dan paradigma masyarakat yang meragui status halal sesetengah makanan segera serta melabelkan nya sebagai makanan yang tidak berkhasiat, memudaratkan kesihatan dan penyumbang utama kepada penyakit kronik dengan berpandukan kepada fakta dan hakikat. Hasil kajian ini mendapati hukum pengambilan makanan segera di Kentucky Fried Chicken (KFC) adalah halal dan menepati ciri-ciri halalan tayyiban. Manakala pemakanan dan gaya hidup seseorang merupakan punca utama kepada penyakit.
first_indexed 2025-11-14T13:33:06Z
format Thesis
id um-5306
institution University Malaya
institution_category Local University
last_indexed 2025-11-14T13:33:06Z
publishDate 2011
recordtype eprints
repository_type Digital Repository
spelling um-53062015-05-23T02:40:59Z Hukum pengambilan makanan segera : kajian di Kentucky Fried Chicken (KFC) / Zainal Abidin bin Yahaya Yahaya, Zainal Abidin BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc Amalan pengambilan makanan segera telah menjadi budaya di kalangan masyarakat Malaysia. Kini masyarakat telah mula menyedari kepentingan memilih makanan yang halal lagi baik (halalan tayyiban) dan implikasinya terhadap kehidupan duniawi dan ukhrawi. Antara isu-isu yang sering dibincangkan ialah tentang status halal produk makanan segera dari sudut bahan yang digunakan, sistem penternakan, pembiakan dan pemprosesan. Justeru, kajian ini dilakukan oleh penulis untuk mengkaji hukum pengambilan makanan segera. Ini adalah bertujuan untuk menjawab isu-isu yang dibangkitkan dengan menjadikan Kentucky Fried Chicken (KFC) sebagai medan kajian lapangan. Metodologi penyelidikan yang digunakan di dalam kajian ini adalah berteraskan kajian perpustakaan, observasi serta temubual bersama responden di kalangan para ulama pelbagai aliran, pakar pemakanan, pensyarah dan pegawai perubatan. Penulis mengistinbatkan hukum berdasarkan nas-nas dari al-Quran dan al-Sunnah serta penelitian terhadap kitab-kitab turath, kitab-kitab furu’ dan sekunder, jurnal-jurnal, artikel-artikel, majalah-majalah, bahan-bahan dan maklumat dari internet serta temubual yang diperolehi. Kajian ini diharap akan menyumbang kepada beberapa penyelesaian berkaitan dengan kefahaman dan paradigma masyarakat yang meragui status halal sesetengah makanan segera serta melabelkan nya sebagai makanan yang tidak berkhasiat, memudaratkan kesihatan dan penyumbang utama kepada penyakit kronik dengan berpandukan kepada fakta dan hakikat. Hasil kajian ini mendapati hukum pengambilan makanan segera di Kentucky Fried Chicken (KFC) adalah halal dan menepati ciri-ciri halalan tayyiban. Manakala pemakanan dan gaya hidup seseorang merupakan punca utama kepada penyakit. 2011 Thesis NonPeerReviewed application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5306/9/MUKA_DEPAN_DESERTASI.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5306/1/ABSTRAK_TERKINI_HINGGA_ISI_KANDUNGAN_BAB_1_HINGGA_BAB_5%2D01.0.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5306/2/DISERTASI__BAB_1_TERKINI_21.03.11..pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5306/4/DISERTASI_BAB_2_TERKINI__21.03.11..pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5306/5/DISERTASI_BAB_3_TERKINI__21.03.11..pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5306/6/DISERTASI_BAB_4_TERKINI_21.03.11..pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5306/7/DISERTASI_BAB_5_TERKINI_21.03.11..pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5306/8/DISERTASI_BIBLIOGRAFI__TERKINI_13.10.10.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5306/3/DISERTASI__LAMPIRAN__1%2C2_%26_PROFIL_INFORMAN_YG_DITEMU_BUAL_TE.pdf Yahaya, Zainal Abidin (2011) Hukum pengambilan makanan segera : kajian di Kentucky Fried Chicken (KFC) / Zainal Abidin bin Yahaya. Masters thesis, University of Malaya. http://studentsrepo.um.edu.my/5306/
spellingShingle BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Yahaya, Zainal Abidin
Hukum pengambilan makanan segera : kajian di Kentucky Fried Chicken (KFC) / Zainal Abidin bin Yahaya
title Hukum pengambilan makanan segera : kajian di Kentucky Fried Chicken (KFC) / Zainal Abidin bin Yahaya
title_full Hukum pengambilan makanan segera : kajian di Kentucky Fried Chicken (KFC) / Zainal Abidin bin Yahaya
title_fullStr Hukum pengambilan makanan segera : kajian di Kentucky Fried Chicken (KFC) / Zainal Abidin bin Yahaya
title_full_unstemmed Hukum pengambilan makanan segera : kajian di Kentucky Fried Chicken (KFC) / Zainal Abidin bin Yahaya
title_short Hukum pengambilan makanan segera : kajian di Kentucky Fried Chicken (KFC) / Zainal Abidin bin Yahaya
title_sort hukum pengambilan makanan segera : kajian di kentucky fried chicken (kfc) / zainal abidin bin yahaya
topic BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
url http://studentsrepo.um.edu.my/5306/
http://studentsrepo.um.edu.my/5306/9/MUKA_DEPAN_DESERTASI.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5306/1/ABSTRAK_TERKINI_HINGGA_ISI_KANDUNGAN_BAB_1_HINGGA_BAB_5%2D01.0.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5306/2/DISERTASI__BAB_1_TERKINI_21.03.11..pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5306/4/DISERTASI_BAB_2_TERKINI__21.03.11..pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5306/5/DISERTASI_BAB_3_TERKINI__21.03.11..pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5306/6/DISERTASI_BAB_4_TERKINI_21.03.11..pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5306/7/DISERTASI_BAB_5_TERKINI_21.03.11..pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5306/8/DISERTASI_BIBLIOGRAFI__TERKINI_13.10.10.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5306/3/DISERTASI__LAMPIRAN__1%2C2_%26_PROFIL_INFORMAN_YG_DITEMU_BUAL_TE.pdf