Kaedah pendalilan berasaskan al-Quran : kajian tentang penggunaannya dalam fatwa-fatwa negeri Perak 1994-2010 / Zamri bin Hashim

Disertasi bertajuk “ Kaedah Pendalilan Berasaskan al-Quran: Kajian Tentang Penggunaannya Dalam Fatwa-fatwa Negeri Perak 1994-2010” merupakan satu kajian yang bertujuan untuk mengenalpasti seterusnya membuat analisa terhadap kaedah-kaedah pendalilan berasaskan dalil-dalil al-Quran yang digunakan oleh...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Hashim, Zamri
Format: Thesis
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5297/
http://studentsrepo.um.edu.my/5297/1/KAEDAH_PENDALILAN_BERASASKAN_AL%2DQURAN.pdf
Description
Summary:Disertasi bertajuk “ Kaedah Pendalilan Berasaskan al-Quran: Kajian Tentang Penggunaannya Dalam Fatwa-fatwa Negeri Perak 1994-2010” merupakan satu kajian yang bertujuan untuk mengenalpasti seterusnya membuat analisa terhadap kaedah-kaedah pendalilan berasaskan dalil-dalil al-Quran yang digunakan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak dalam proses membuat fatwa dalam tempoh jangkamasa 1994 sehingga 2010. Di akhir kajian ini, penulis mencadangkan beberapa cadangan penambahbaikan yang dapat membantu untuk memurnikan kaedah pendalilan berkenaan . Kajian ini diharap dapat menjawab ketidakpuasan hati terhadap kewibawaan fatwa dan dapat membuktikan bahawa al-Quran mampu menyediakan jawapan dan panduan terhadap sebarang masalah kehidupan. Data-data penting dalam kajian ini diambil menerusi dokumen-dokumen rasmi Jabatan Mufti Perak. Kajian ini menggunakan kaedah menganalisa data-data fatwa yang diperolehi menggunakan metode induktif, deduktif dan komparatif. Antara penemuan penting yang diperolehi di dalam kajian ini ialah daripada dua puluh fatwa yang di keluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak dalam tempoh berkenaan, hanya sebelas fatwa yang berdalilkan al-Quran manakala selebihnya tidak disandarkan dengan dalil al-Quran ataupun hanya dilakukan pembetulan terhadap penyelewengan tafsiran ayat-ayat al-Quran namun Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak mempunyai alasan tersendiri.