Pensabitan isteri nusyuz menurut undang-undang keluarga Islam : kajian di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Nurul Wazeera binti Ahmad Dahalan
Secara umumnya, kajian ini cuba untuk membincangkan konsep nusyuz menurut perspektif syarak dan juga dalam konteks perundangan Islam di Malaysia. Nusyuz bukan hanya berlaku di pihak isteri, malah boleh juga berlaku di pihak suami. Namun, kajian ini memfokuskan nusyuz di pihak isteri. Keingkaran untu...
| Summary: | Secara umumnya, kajian ini cuba untuk membincangkan konsep nusyuz menurut perspektif syarak dan juga dalam konteks perundangan Islam di Malaysia. Nusyuz bukan hanya berlaku di pihak isteri, malah boleh juga berlaku di pihak suami. Namun, kajian ini memfokuskan nusyuz di pihak isteri. Keingkaran untuk taat dan pengabaian tanggungjawab adalah elemen-elemen yang menjurus kepada pensabitan isteri nusyuz di samping keengganan melaksanakan perintah suami yang tidak bertentangan dengan syarak. Di samping itu, kajian ini cuba untuk mengupas isu-isu berbangkit yang timbul
dalam proses pensabitan isteri nusyuz di MSWP Kuala Lumpur. Metodologi kajian yang diaplikasikan dalam mengumpulkan data kajian ini ialah kajian kepustakaan dan temubual
manakala penganalisaan data pula melalui kaedah induktif, deduktif dan komparatif.
Dapatan kajian ini di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MSWP Kuala Lumpur) menunjukkan bahawa terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian bagi mempertingkatkan aspek pengurusan kes nusyuz di institusi kerajaan tersebut.
Masalah utama dalam aspek perundangan Syariah ialah tiada peruntukan khusus berkenaan nusyuz dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Penyelesaiannya, prosiding pensabitan isteri nusyuz di MSWP Kuala Lumpur dijalankan berasaskan empat kaedah tersebut. |
|---|