Metodologi penulisan ilmu mustalah al-hadith : kajian perbandingan antara kitab Muhaddith al-fasil dengan al-Kifayah / Fazlida binti Mustafa
Penulisan ini adalah satu kajian perbandingan tentang metodologi penulisan kitab ilmu Mustalah al-Hadith yang dilakukan terhadap dua kitab turath iaitu kitab al-Muhaddith al-Fasil oleh al-Ramahurmuzi (m.360H) dan kitab al-Kifayah oleh al-Khatib al-Baghdadiy (m.463H). al-Muhaddith al-Fasil adalah seb...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2011
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/5198/ http://studentsrepo.um.edu.my/5198/1/METODOLOGI_PENULISAN_ILMU_MUSTALAH_AL%2DHADITH.pdf |
| Summary: | Penulisan ini adalah satu kajian perbandingan tentang metodologi penulisan kitab ilmu Mustalah al-Hadith yang dilakukan terhadap dua kitab turath iaitu kitab al-Muhaddith al-Fasil oleh al-Ramahurmuzi (m.360H) dan kitab al-Kifayah oleh al-Khatib al-Baghdadiy (m.463H). al-Muhaddith al-Fasil adalah sebuah karya pertama dalam sejarah penulisan ilmu Mustalah al-Hadith yang ditulis dalam sebuah kitab khusus berkenaan dengan kaedah-kaedah dalam ilmu ini. Manakala al-Kifayah adalah karya yang lengkap dalam ilmu Mustalah al-Hadith pada zamannya dan menjadi rujukan utama ulama hadis selepasnya. Kajian ini juga memuatkan penulisan ringkas tentang metodologi muhaddithin dalam ilmu Mustalah al-Hadith, penulisan tentang biografi kedua-dua pengarang kitab, pengenalan terhadap kedua-dua kitab tersebut dan analisa kajian perbandingan terhadap kedua-dua kitab tersebut sebagai gambaran terhadap hasil kajian. |
|---|