Analisis perbezaan fatwa mengenai Unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) di Malaysia / Abdul Hadi bin Md Rofiee

Disertasi ini adalah kajian yang menganalisis perbezaan fatwa mengenai Unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) di Malaysia. Kajian dibuat berasaskan kenyataan bahawa perbezaan fatwa ASB di Malaysia telah mencetuskan polemik yang luas. Polemik yang timbul bukan hanya berlegar dalam kalangan masyarakat awa...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Md Rofiee, Abdul Hadi
Format: Thesis
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5188/
http://studentsrepo.um.edu.my/5188/1/Analisis_Perbezaan_Fatwa_Mengenai_Unit_Amanah_Saham_Bumiputera_(ASB)_di_Malaysia.pdf
_version_ 1848772820734050304
author Md Rofiee, Abdul Hadi
author_facet Md Rofiee, Abdul Hadi
author_sort Md Rofiee, Abdul Hadi
building UM Research Repository
collection Online Access
description Disertasi ini adalah kajian yang menganalisis perbezaan fatwa mengenai Unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) di Malaysia. Kajian dibuat berasaskan kenyataan bahawa perbezaan fatwa ASB di Malaysia telah mencetuskan polemik yang luas. Polemik yang timbul bukan hanya berlegar dalam kalangan masyarakat awam, bahkan turut melibatkan golongan ilmuwan, pemain industri dan ahli politik. Situasi yang berlaku jika tidak diurus dengan baik akan memberi kesan yang tidak sihat kepada Islam dan ummah. Justeru itu, kajian ini dilakukan bagi meneliti hujah-hujah yang diguna pakai oleh pihak yang membolehkan ASB iaitu Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) dan yang tidak membolehkannya iaitu Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor. Kajian juga akan menyimpulkan pendekatan atau metodologi berfatwa yang diambil oleh kedua-dua pihak tersebut. Sepanjang kajian dijalankan, data dikumpul melalui buku, makalah yang autentik, jurnal dan dokumen yang banyak tertumpu di perpustakaan. Data juga dikumpul melalui laman sesawang dan perisian kitab. Selain itu, kaedah temu bual turut dijalankan bagi mendapatkan data yang lebih seimbang. Data yang terkumpul seterusnya dianalisis menggunakan empat kaedah terpilih iaitu pertama: induktif, kedua: membuat perbandingan, ketiga: mencari hubungan dan keempat: membuat rumusan. Hasil analisis yang dijalankan mendapati bahawa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor mempunyai sandaran hukum, pendekatan dan metodologi berfatwa yang tersendiri ketika menentukan fatwa mengenai ASB. Kajian menyimpulkan bahawa fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI mengenai ASB dibuat berasaskan fiqah maqasid (al-fiqh al-maqasidi). Sementara fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor mengenai ASB pula dibuat berasaskan fiqah shakli (al-fiqh al-shakli). Pendekatan berfatwa berasaskan fiqah maqasid ialah pendekatan yang melihat kepada objektif syariah di sebalik sesuatu hukum. Sementara pendekatan berfatwa berasaskan fiqah shakli pula ialah pendekatan yang bersifat formal, yang melihat kepada format dan bentuk sesuatu hukum. Kajian juga merumuskan bahawa perbezaan fatwa yang berlaku mesti diurus dengan baik supaya ia memberi kebaikan kepada umat Islam secara keseluruhan.
first_indexed 2025-11-14T13:32:35Z
format Thesis
id um-5188
institution University Malaya
institution_category Local University
last_indexed 2025-11-14T13:32:35Z
publishDate 2014
recordtype eprints
repository_type Digital Repository
spelling um-51882015-06-15T10:33:48Z Analisis perbezaan fatwa mengenai Unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) di Malaysia / Abdul Hadi bin Md Rofiee Md Rofiee, Abdul Hadi BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc HJ Public Finance Disertasi ini adalah kajian yang menganalisis perbezaan fatwa mengenai Unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) di Malaysia. Kajian dibuat berasaskan kenyataan bahawa perbezaan fatwa ASB di Malaysia telah mencetuskan polemik yang luas. Polemik yang timbul bukan hanya berlegar dalam kalangan masyarakat awam, bahkan turut melibatkan golongan ilmuwan, pemain industri dan ahli politik. Situasi yang berlaku jika tidak diurus dengan baik akan memberi kesan yang tidak sihat kepada Islam dan ummah. Justeru itu, kajian ini dilakukan bagi meneliti hujah-hujah yang diguna pakai oleh pihak yang membolehkan ASB iaitu Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) dan yang tidak membolehkannya iaitu Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor. Kajian juga akan menyimpulkan pendekatan atau metodologi berfatwa yang diambil oleh kedua-dua pihak tersebut. Sepanjang kajian dijalankan, data dikumpul melalui buku, makalah yang autentik, jurnal dan dokumen yang banyak tertumpu di perpustakaan. Data juga dikumpul melalui laman sesawang dan perisian kitab. Selain itu, kaedah temu bual turut dijalankan bagi mendapatkan data yang lebih seimbang. Data yang terkumpul seterusnya dianalisis menggunakan empat kaedah terpilih iaitu pertama: induktif, kedua: membuat perbandingan, ketiga: mencari hubungan dan keempat: membuat rumusan. Hasil analisis yang dijalankan mendapati bahawa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor mempunyai sandaran hukum, pendekatan dan metodologi berfatwa yang tersendiri ketika menentukan fatwa mengenai ASB. Kajian menyimpulkan bahawa fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI mengenai ASB dibuat berasaskan fiqah maqasid (al-fiqh al-maqasidi). Sementara fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor mengenai ASB pula dibuat berasaskan fiqah shakli (al-fiqh al-shakli). Pendekatan berfatwa berasaskan fiqah maqasid ialah pendekatan yang melihat kepada objektif syariah di sebalik sesuatu hukum. Sementara pendekatan berfatwa berasaskan fiqah shakli pula ialah pendekatan yang bersifat formal, yang melihat kepada format dan bentuk sesuatu hukum. Kajian juga merumuskan bahawa perbezaan fatwa yang berlaku mesti diurus dengan baik supaya ia memberi kebaikan kepada umat Islam secara keseluruhan. 2014 Thesis NonPeerReviewed application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5188/1/Analisis_Perbezaan_Fatwa_Mengenai_Unit_Amanah_Saham_Bumiputera_(ASB)_di_Malaysia.pdf Md Rofiee, Abdul Hadi (2014) Analisis perbezaan fatwa mengenai Unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) di Malaysia / Abdul Hadi bin Md Rofiee. Masters thesis, University of Malaya. http://studentsrepo.um.edu.my/5188/
spellingShingle BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
HJ Public Finance
Md Rofiee, Abdul Hadi
Analisis perbezaan fatwa mengenai Unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) di Malaysia / Abdul Hadi bin Md Rofiee
title Analisis perbezaan fatwa mengenai Unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) di Malaysia / Abdul Hadi bin Md Rofiee
title_full Analisis perbezaan fatwa mengenai Unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) di Malaysia / Abdul Hadi bin Md Rofiee
title_fullStr Analisis perbezaan fatwa mengenai Unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) di Malaysia / Abdul Hadi bin Md Rofiee
title_full_unstemmed Analisis perbezaan fatwa mengenai Unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) di Malaysia / Abdul Hadi bin Md Rofiee
title_short Analisis perbezaan fatwa mengenai Unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) di Malaysia / Abdul Hadi bin Md Rofiee
title_sort analisis perbezaan fatwa mengenai unit amanah saham bumiputera (asb) di malaysia / abdul hadi bin md rofiee
topic BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
HJ Public Finance
url http://studentsrepo.um.edu.my/5188/
http://studentsrepo.um.edu.my/5188/1/Analisis_Perbezaan_Fatwa_Mengenai_Unit_Amanah_Saham_Bumiputera_(ASB)_di_Malaysia.pdf