Hadith-Hadith dalam kitab Sayr al-Salikin karangan Syeikh 'Abd al-Samad al-Falimbani : satu kajian dalam bab al-Salat / Wan Aminurrashid bin Wan Abd Hamid

Sayr al-Sālikīn merupakan salah sebuah kitab klasik karangan Syeikh ‘Abd al-Samad al-Falimbani yang terdiri daripada 4 juzuk. Di dalam kitab ini mengandung banyak hadīth, di antaranya adalah hadīth-hadīth tentang al-Salāt. Penulis hanya mengkaji 116 buah hadīth dalam bab al-Salāt juzuk pertama denga...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Wan Abd Hamid, Wan Aminurrashid
Format: Thesis
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5171/
http://studentsrepo.um.edu.my/5171/1/Halaman_Hadapan_dan_Judul_Disertasi.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5171/2/Halaman_Pengakuan_%2D_Daftar_Isi___i_%2D_xiv__.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5171/3/Halaman_Pengenalan_%2D_Bibliografi___1_%2D_286__.pdf
Description
Summary:Sayr al-Sālikīn merupakan salah sebuah kitab klasik karangan Syeikh ‘Abd al-Samad al-Falimbani yang terdiri daripada 4 juzuk. Di dalam kitab ini mengandung banyak hadīth, di antaranya adalah hadīth-hadīth tentang al-Salāt. Penulis hanya mengkaji 116 buah hadīth dalam bab al-Salāt juzuk pertama dengan pendekatan kepada kritik luaran (al-Naqd al-Khārijiy). Kajian ini bertujuan mengenal pasti sumber-sumber hadīth, memastikan status kehujahan hadīth, juga sebarang pendedahan hadīth-hadīth dalam bab al-Salāt yang terkandung di dalam kitab tersebut. Kajian ini merupakan kajian perpustakaan (library research) dengan menggunakan kaedah takhrīj iaitu; untuk mengenal pasti sumber hadīth, maka penulis merujuk kepada al-Marāji‘ al-Asliyyah (kitab primer) dan al-Marāji‘ al-Thanawiyyah (kitab sekunder). Untuk mengkaji identiti perāwī pula, penulis merujuk kepada kitab-kitab rijāl al-Hadīth, dengan mengambil kira pendapat ulama Hadīth. Hasil kajian ini didapati bahawa sebahagian besar hadīth adalah tidak dapat diterima kehujahannya (mardūd). Iaitu 46 (39.7%) hadīth adalah sahīh, 8 (6.9%) hasan, 23 (19.8%) adalah da‘īf, 1 (0.9%) adalah sangat da‘īf (da‘īf jiddān) dan hadīth mawdū‘ adalah 31 (26.7%). Manakala hadīth yang tiada ketentuan sumbernya kerana belum ditemui adalah sebanyak 7 (6.0%).