Metode penulisan Abd al-Hayy al-Laknawi di dalam al-Ajwibah al-fadilah li al-as'ilah al-ashrah al-kamilah : kajian perbandingan dengan Qawa'id ulum al-Hadith oleh Shaykh Zafar Ahmed al-Uthmani al-Tahanuwi / Ikram bin Khalil

al-Ajwibah al-Fadilah li al-As`ilah al-`Ashrah al-Kamilah dan Qawa`id fi `Ulum al-Hadith merupakan karya yang dihasilkan oleh dua tokoh sarjana hadis India iaitu Imam al-Laknawi dan Shaykh Zafar Ahmad al-`Uthmani al-Tahanawi. Kajian perpustakaan (library research) yang berbentuk deskriptif ini bertu...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Khalil, Ikram
Format: Thesis
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5136/
http://studentsrepo.um.edu.my/5136/6/HALAMAN_JUDUL_1.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5136/7/HALAMAN_JUDUL_2.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5136/1/ABSTRAK.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5136/3/DEDIKASI.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5136/2/DAFTAR_ISI.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5136/8/PANDUAN_TRANSLITERASI.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5136/9/SENARAI_KEPENDEKAN.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5136/4/DISERTASI.pdf
Description
Summary:al-Ajwibah al-Fadilah li al-As`ilah al-`Ashrah al-Kamilah dan Qawa`id fi `Ulum al-Hadith merupakan karya yang dihasilkan oleh dua tokoh sarjana hadis India iaitu Imam al-Laknawi dan Shaykh Zafar Ahmad al-`Uthmani al-Tahanawi. Kajian perpustakaan (library research) yang berbentuk deskriptif ini bertujuan mengetengahkan kepada umum metode kedua-dua pengarang di dalam kitab al-Ajwibah al-Fadilah dan Qawa`id fi `Ulum al-Hadith. Kajian terhadap karya ini dilakukan dalam dua bentuk iaitu analisis metode dan kajian perbandingan. Fakta kajian mendapati kitab al-Ajwibah al-Fadilah li al As`ilah al-`Ashrah al-Kamilah merupakan kompilasi jawapan kepada soalan-soalan berkaitan `ulum al-hadith yang dikemukakan oleh seorang ulama hadis iaitu Shaykh Husayn al-Lahuri kepada Imam al-Laknawi. Selain itu, kajian juga mendapati Imam al-Laknawi merupakan seorang sarjana hadis yang bersifat terbuka dan berlapang dada dalam menerima pendapat yang rajih serta lebih cenderung kepada pendapat jumhur al-muhaddithin. Kajian ini turut menemukan fakta bahawa kitab Qawa`id fi `Ulum al- Hadith merupakan muqaddimah kepada kitab I`la` al-Sunan karangan Shaykh Zafar Ahmad al-`Uthmani al-Tahanawi. Akhir sekali, hasil kajian ini mendapati Shaykh Zafar mengutamakan pendapat Mazhab Hanafi di dalam kebanyakan isu ulum al-hadith berbanding pendapat jumhur al-muhaddithin.