Pelaksanaan pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang produk halal di Malaysia : kajian terhadap penyalahgunaan logo halal / Zulzaidi bin Mahmod

Isu pemantauan dan penguatkuasaan produk halal di Malaysia termasuklah berkenaan dengan penyalahgunaan, penyelewengan dan pemalsuan logo halal menarik perhatian masyarakat Malaysia. Isu perundangan halal dan bidang kuasa penguatkuasaan turut timbul setelah diuar-uarkan tentang agensi berkaitan sepe...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mahmod, Zulzaidi
Format: Thesis
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5104/
http://studentsrepo.um.edu.my/5104/1/full_tesis_Zulzaidi_Mahmod.pdf
_version_ 1848772800840466432
author Mahmod, Zulzaidi
author_facet Mahmod, Zulzaidi
author_sort Mahmod, Zulzaidi
building UM Research Repository
collection Online Access
description Isu pemantauan dan penguatkuasaan produk halal di Malaysia termasuklah berkenaan dengan penyalahgunaan, penyelewengan dan pemalsuan logo halal menarik perhatian masyarakat Malaysia. Isu perundangan halal dan bidang kuasa penguatkuasaan turut timbul setelah diuar-uarkan tentang agensi berkaitan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang hanya mempunyai kuasa terhad dalam pemantauan pensijilan halal sedangkan agensi itulah yang diberi kuasa untuk mengeluarkan pensijilan halal. Justeru, kajian ini dilaksanakan bagi menghuraikan keberkesanan pemantauan dan penguatkuasaan yang dilakukan oleh JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Usaha itu dilakukan dengan cara meneliti undangundang dan peraturan berkaitan pengurusan penguatkuasaan serta pengawasan produk halal di Malaysia. Seterusnya, kajian turut menganalisis pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang produk halal ke atas penyalahgunaan logo halal. Metodologi kajian ini adalah metode kepustakaan, dokumentasi, statistik pemantauan, temu bual dan pemerhatian. Hasil kajian dalam aspek penguatkuasaan pemalsuan logo halal menunjukkan terdapat isu yang wujud iaitu isu undang-undang, kepegawaian dan pendakwaan. Isu undang-undang menunjukkan kuasa penguatkuasaan adalah kuasa KPDNKK dan JAIN. Sebaliknya JAKIM tidak mempunyai kuasa khusus dalam aspek undang-undang kecuali sekiranya pihak KPDNKK mewartakan pegawai penguatkuasa JAKIM sebagai penolong pengawal Perihal Dagangan. Dapatan kajian juga mendapati permasalahan utama yang wujud sehingga tahun 2010 ialah, masalah kesalahan berkaitan yang tidak pernah didakwa di Mahkamah Sivil. Kesalahan itu merangkumi penyalahgunaan dan pemalsuan logo halal. Sebaliknya, penyelesaian yang digunakan oleh pihak KPDNKK ke atas pesalah itu hanyalah hukuman berbentuk kompaun sahaja. Kajian ini menyimpulkan, ketegasan dalam memberi pembalasan (retribution), pencegahan (deterrence) dan pemulihan pesalah adalah tidak tercapai. Justeru, penyelarasan kuasa berdasarkan undang-undang termasuklah dari aspek pensijilan dan penguatkuasaan perlu dilaksanakan secara tersusun dan serius melalui memperkasakan JAKIM dan JAIN sebagai badan berautoriti dalam pensijilan halal. Begitu juga dengan pendakwaan kes ke mahkamah, ia perlu dilakukan bagi memanifestasikan ketegasan dan kemampuan pihak KPDNKK, JAKIM dan JAIN mendepani isu halal di Malaysia.
first_indexed 2025-11-14T13:32:16Z
format Thesis
id um-5104
institution University Malaya
institution_category Local University
last_indexed 2025-11-14T13:32:16Z
publishDate 2011
recordtype eprints
repository_type Digital Repository
spelling um-51042015-06-09T07:55:44Z Pelaksanaan pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang produk halal di Malaysia : kajian terhadap penyalahgunaan logo halal / Zulzaidi bin Mahmod Mahmod, Zulzaidi BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc K Law (General) Isu pemantauan dan penguatkuasaan produk halal di Malaysia termasuklah berkenaan dengan penyalahgunaan, penyelewengan dan pemalsuan logo halal menarik perhatian masyarakat Malaysia. Isu perundangan halal dan bidang kuasa penguatkuasaan turut timbul setelah diuar-uarkan tentang agensi berkaitan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang hanya mempunyai kuasa terhad dalam pemantauan pensijilan halal sedangkan agensi itulah yang diberi kuasa untuk mengeluarkan pensijilan halal. Justeru, kajian ini dilaksanakan bagi menghuraikan keberkesanan pemantauan dan penguatkuasaan yang dilakukan oleh JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Usaha itu dilakukan dengan cara meneliti undangundang dan peraturan berkaitan pengurusan penguatkuasaan serta pengawasan produk halal di Malaysia. Seterusnya, kajian turut menganalisis pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang produk halal ke atas penyalahgunaan logo halal. Metodologi kajian ini adalah metode kepustakaan, dokumentasi, statistik pemantauan, temu bual dan pemerhatian. Hasil kajian dalam aspek penguatkuasaan pemalsuan logo halal menunjukkan terdapat isu yang wujud iaitu isu undang-undang, kepegawaian dan pendakwaan. Isu undang-undang menunjukkan kuasa penguatkuasaan adalah kuasa KPDNKK dan JAIN. Sebaliknya JAKIM tidak mempunyai kuasa khusus dalam aspek undang-undang kecuali sekiranya pihak KPDNKK mewartakan pegawai penguatkuasa JAKIM sebagai penolong pengawal Perihal Dagangan. Dapatan kajian juga mendapati permasalahan utama yang wujud sehingga tahun 2010 ialah, masalah kesalahan berkaitan yang tidak pernah didakwa di Mahkamah Sivil. Kesalahan itu merangkumi penyalahgunaan dan pemalsuan logo halal. Sebaliknya, penyelesaian yang digunakan oleh pihak KPDNKK ke atas pesalah itu hanyalah hukuman berbentuk kompaun sahaja. Kajian ini menyimpulkan, ketegasan dalam memberi pembalasan (retribution), pencegahan (deterrence) dan pemulihan pesalah adalah tidak tercapai. Justeru, penyelarasan kuasa berdasarkan undang-undang termasuklah dari aspek pensijilan dan penguatkuasaan perlu dilaksanakan secara tersusun dan serius melalui memperkasakan JAKIM dan JAIN sebagai badan berautoriti dalam pensijilan halal. Begitu juga dengan pendakwaan kes ke mahkamah, ia perlu dilakukan bagi memanifestasikan ketegasan dan kemampuan pihak KPDNKK, JAKIM dan JAIN mendepani isu halal di Malaysia. 2011 Thesis NonPeerReviewed application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5104/1/full_tesis_Zulzaidi_Mahmod.pdf Mahmod, Zulzaidi (2011) Pelaksanaan pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang produk halal di Malaysia : kajian terhadap penyalahgunaan logo halal / Zulzaidi bin Mahmod. Masters thesis, University of Malaya. http://studentsrepo.um.edu.my/5104/
spellingShingle BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
K Law (General)
Mahmod, Zulzaidi
Pelaksanaan pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang produk halal di Malaysia : kajian terhadap penyalahgunaan logo halal / Zulzaidi bin Mahmod
title Pelaksanaan pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang produk halal di Malaysia : kajian terhadap penyalahgunaan logo halal / Zulzaidi bin Mahmod
title_full Pelaksanaan pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang produk halal di Malaysia : kajian terhadap penyalahgunaan logo halal / Zulzaidi bin Mahmod
title_fullStr Pelaksanaan pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang produk halal di Malaysia : kajian terhadap penyalahgunaan logo halal / Zulzaidi bin Mahmod
title_full_unstemmed Pelaksanaan pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang produk halal di Malaysia : kajian terhadap penyalahgunaan logo halal / Zulzaidi bin Mahmod
title_short Pelaksanaan pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang produk halal di Malaysia : kajian terhadap penyalahgunaan logo halal / Zulzaidi bin Mahmod
title_sort pelaksanaan pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang produk halal di malaysia : kajian terhadap penyalahgunaan logo halal / zulzaidi bin mahmod
topic BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
K Law (General)
url http://studentsrepo.um.edu.my/5104/
http://studentsrepo.um.edu.my/5104/1/full_tesis_Zulzaidi_Mahmod.pdf