Modul kursus praperkahwinan Islam : kajian terhadap keberkesanannya di Jabatan Agama Islam negeri Perak, Darul Ridzuan / Ruhil Hayati binti M. Busra
Kajian ini dibuat untuk mengenal pasti tahap keberkesanan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPPI) yang dilihat daripada 4 dimensi iaitu konteks, input, produk dan proses. Kajian ini mengambil 24 orang pemudahcara kursus MBKPPI dan 298 orang para peserta kursus MBKPPI sebagai sampel kaj...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2011
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/5101/ http://studentsrepo.um.edu.my/5101/1/MODUL_KURSUS_PRAPERKAHWINAN_ISLAM.pdf |
| Summary: | Kajian ini dibuat untuk mengenal pasti tahap keberkesanan
Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPPI) yang dilihat daripada 4 dimensi iaitu konteks, input, produk dan proses. Kajian ini mengambil 24 orang pemudahcara kursus MBKPPI dan 298 orang para peserta kursus MBKPPI sebagai sampel kajian bagi mengumpulkan data-data primer melalui soal-selidik. Statistik deskriptif berbentuk sukatan
kecenderungan memusat telah digunakan sebagai analisis pengukuran data dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan kerangka teori model Konteks, Input, Produk dan Proses daripada Daniel L.Stufflebeam dan Anthony J.Shinkfiel (1984). Empat persoalan kajian adalah berdasarkan
penilaian konteks; permasalahan yang menghalang keberkesanan kursus MBKPPI, penilaian input; keberkesanan MBKPPI dari aspek output, penilaian proses; keberkesanan penggunaan pelbagai strategi dan kaedah pengajaran serta penilaian produk; keberkesanan objektif kursus MBKPPI
dalam mencapai sasaran yang dihasratkan.Hasil dapatan kajian
menunjukkan dimensi konteks tahap permasalahan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPPI) yang sederhana berdasarkan nilai min 1.93. Dimensi input pula menunjukkan tahap keberkesanan yang tinggi berdasarkan skor nilai min ialah 4.42. Dimensi proses menunjukkan tahap keberkesanan yang tinggi berdasarkan skor nilai min
ialah 4.26. Dimensi produk menunjukkan tahap keberkesanan yang tinggi berdasarkan skor nilai min 4.83. |
|---|