_version_ 1848772793305399296
author Abd Rani, Mohd Hidayat
author_facet Abd Rani, Mohd Hidayat
author_sort Abd Rani, Mohd Hidayat
building UM Research Repository
collection Online Access
description Saham wakaf adalah satu konsep berwakaf yang telah diwujudkan dan dilaksanakan bagi memudahkan umat Islam melaksanakan ibadah wakaf. Di Malaysia, saham wakaf berlaku apabila pewakaf mewakafkan wang tunai kepada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) atau badan-badan yang bertauliah yang bertindak sebagai pemegang amanah. Wang ini akan dikumpulkan di dalam Tabung Dana Wakaf untuk ditukarkan kepada harta kekal berdasarkan konsep istibdal. Hasil daripada harta wakaf tersebut kemudiannya akan digunakan untuk tujuan kebajikan ummah dan meningkatkan syiar Islam. Sebagai sebuah agensi agama Islam, MAIN bertanggungjawab ke atas segala urusan berkaitan hal ehwal Islam di bawah bidang kuasanya dan memastikan panduan serta ketetapan yang telah digariskan dalam Islam dapat direalisasikan, termasuklah dalam pelaksanaan saham wakaf. Kajian ini bermatlamat menganalisis pelaksanaan saham wakaf di Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menurut perspektif pengurusan Islam. Kajian ini meneliti sejauh mana elemen-elemen pengurusan Islam iaitu sumber, falsafah, fungsi, prinsip dan matlamat pengurusan Islam diaplikasikan dalam pelaksanaan saham wakaf. Seterusnya kajian ini turut mengkaji masalah dan cabaran berkaitan pelaksanaan saham wakaf di MAIS. Bagi mencapai matlamat tersebut, kajian ini menggunakan metode pengumpulan data daripada dua sumber utama, iaitu sumber primer dan sumber sekunder. Data primer diperolehi menerusi temubual dengan pihak-pihak yang bertanggungjawab di MAIS berhubung saham wakaf. Manakala data sekunder diperolehi menerusi rujukan jurnal, kertas-kertas kajian, laporan tahunan, kertas-kertas persidangan dan seminar, buku-buku serta laman web yang berkaitan dengan saham wakaf dan pengurusan Islam. Hasil kajian mendapati pelaksanaan saham wakaf sebahagian besarnya telah menepati elemen-elemen pengurusan Islam itu sendiri. Walau bagaimanapun, masih terdapat elemen-elemen tertentu seperti perancangan, sumber manusia, pemantauan, komunikasi dan infrastruktur yang masih perlu diberi perhatian dan ditambah baik oleh MAIS agar pelaksanaan saham wakaf ini benar-benar dapat mencapai matlamat pengurusan Islam secara menyeluruh. Dalam masa yang sama, masalah dan cabaran yang dihadapi turut perlu diberi perhatian oleh MAIS bagi menambahbaik pengurusan saham wakaf ini. Dengan demikian, pelaksanaan saham wakaf dapat diperkemaskan untuk diteladani oleh MAIN di negeri-negeri lain dan sekaligus meningkatkan kepercayaan umat Islam untuk menyertai saham wakaf ini.
first_indexed 2025-11-14T13:32:09Z
format Thesis
id um-5076
institution University Malaya
institution_category Local University
last_indexed 2025-11-14T13:32:09Z
publishDate 2013
recordtype eprints
repository_type Digital Repository
spelling um-50762015-06-15T06:05:49Z Kajian pelaksanaan saham wakaf di Majlis Agama Islam Selangor menurut perspektif pengurusan Islam / Mohd Hidayat bin Abd Rani Abd Rani, Mohd Hidayat BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc Saham wakaf adalah satu konsep berwakaf yang telah diwujudkan dan dilaksanakan bagi memudahkan umat Islam melaksanakan ibadah wakaf. Di Malaysia, saham wakaf berlaku apabila pewakaf mewakafkan wang tunai kepada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) atau badan-badan yang bertauliah yang bertindak sebagai pemegang amanah. Wang ini akan dikumpulkan di dalam Tabung Dana Wakaf untuk ditukarkan kepada harta kekal berdasarkan konsep istibdal. Hasil daripada harta wakaf tersebut kemudiannya akan digunakan untuk tujuan kebajikan ummah dan meningkatkan syiar Islam. Sebagai sebuah agensi agama Islam, MAIN bertanggungjawab ke atas segala urusan berkaitan hal ehwal Islam di bawah bidang kuasanya dan memastikan panduan serta ketetapan yang telah digariskan dalam Islam dapat direalisasikan, termasuklah dalam pelaksanaan saham wakaf. Kajian ini bermatlamat menganalisis pelaksanaan saham wakaf di Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menurut perspektif pengurusan Islam. Kajian ini meneliti sejauh mana elemen-elemen pengurusan Islam iaitu sumber, falsafah, fungsi, prinsip dan matlamat pengurusan Islam diaplikasikan dalam pelaksanaan saham wakaf. Seterusnya kajian ini turut mengkaji masalah dan cabaran berkaitan pelaksanaan saham wakaf di MAIS. Bagi mencapai matlamat tersebut, kajian ini menggunakan metode pengumpulan data daripada dua sumber utama, iaitu sumber primer dan sumber sekunder. Data primer diperolehi menerusi temubual dengan pihak-pihak yang bertanggungjawab di MAIS berhubung saham wakaf. Manakala data sekunder diperolehi menerusi rujukan jurnal, kertas-kertas kajian, laporan tahunan, kertas-kertas persidangan dan seminar, buku-buku serta laman web yang berkaitan dengan saham wakaf dan pengurusan Islam. Hasil kajian mendapati pelaksanaan saham wakaf sebahagian besarnya telah menepati elemen-elemen pengurusan Islam itu sendiri. Walau bagaimanapun, masih terdapat elemen-elemen tertentu seperti perancangan, sumber manusia, pemantauan, komunikasi dan infrastruktur yang masih perlu diberi perhatian dan ditambah baik oleh MAIS agar pelaksanaan saham wakaf ini benar-benar dapat mencapai matlamat pengurusan Islam secara menyeluruh. Dalam masa yang sama, masalah dan cabaran yang dihadapi turut perlu diberi perhatian oleh MAIS bagi menambahbaik pengurusan saham wakaf ini. Dengan demikian, pelaksanaan saham wakaf dapat diperkemaskan untuk diteladani oleh MAIN di negeri-negeri lain dan sekaligus meningkatkan kepercayaan umat Islam untuk menyertai saham wakaf ini. 2013 Thesis NonPeerReviewed application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5076/7/Halaman_Hadapan.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5076/8/Isi_Kandungan.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5076/4/BAB_SATU.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5076/1/BAB_DUA.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5076/5/BAB_TIGA.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5076/2/BAB_EMPAT.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5076/3/BAB_LIMA.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5076/6/BIBLIOGRAFI.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5076/9/LAMPIRAN_A_Borang_Sertai_SWS.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5076/10/LAMPIRAN_B_Senarai_Agen_SWS.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5076/11/LAMPIRAN_C_Borang_Sertai_SWS_Potongan_Gaji.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5076/12/LAMPIRAN_D_SWS_Dalam_Media.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5076/13/LAMPIRAN_E_Soalan_Temubual_SWS.pdf Abd Rani, Mohd Hidayat (2013) Kajian pelaksanaan saham wakaf di Majlis Agama Islam Selangor menurut perspektif pengurusan Islam / Mohd Hidayat bin Abd Rani. Masters thesis, University of Malaya. http://studentsrepo.um.edu.my/5076/
spellingShingle BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Abd Rani, Mohd Hidayat
Kajian pelaksanaan saham wakaf di Majlis Agama Islam Selangor menurut perspektif pengurusan Islam / Mohd Hidayat bin Abd Rani
title Kajian pelaksanaan saham wakaf di Majlis Agama Islam Selangor menurut perspektif pengurusan Islam / Mohd Hidayat bin Abd Rani
title_full Kajian pelaksanaan saham wakaf di Majlis Agama Islam Selangor menurut perspektif pengurusan Islam / Mohd Hidayat bin Abd Rani
title_fullStr Kajian pelaksanaan saham wakaf di Majlis Agama Islam Selangor menurut perspektif pengurusan Islam / Mohd Hidayat bin Abd Rani
title_full_unstemmed Kajian pelaksanaan saham wakaf di Majlis Agama Islam Selangor menurut perspektif pengurusan Islam / Mohd Hidayat bin Abd Rani
title_short Kajian pelaksanaan saham wakaf di Majlis Agama Islam Selangor menurut perspektif pengurusan Islam / Mohd Hidayat bin Abd Rani
title_sort kajian pelaksanaan saham wakaf di majlis agama islam selangor menurut perspektif pengurusan islam / mohd hidayat bin abd rani
topic BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
url http://studentsrepo.um.edu.my/5076/
http://studentsrepo.um.edu.my/5076/7/Halaman_Hadapan.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5076/8/Isi_Kandungan.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5076/4/BAB_SATU.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5076/1/BAB_DUA.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5076/5/BAB_TIGA.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5076/2/BAB_EMPAT.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5076/3/BAB_LIMA.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5076/6/BIBLIOGRAFI.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5076/9/LAMPIRAN_A_Borang_Sertai_SWS.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5076/10/LAMPIRAN_B_Senarai_Agen_SWS.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5076/11/LAMPIRAN_C_Borang_Sertai_SWS_Potongan_Gaji.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5076/12/LAMPIRAN_D_SWS_Dalam_Media.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5076/13/LAMPIRAN_E_Soalan_Temubual_SWS.pdf